Followers Remaja Purba

Sunday, January 4, 2015

Tak jadi balik Selatan..


Dak Kakak..
Semalam dak Kakak balik dari kampung.. akak hubby yang hantar dia balik..
Muncung je ghupenya.. rupa-rupanya SIL nak balik kampung.. dak Kakak tak nak ikut sebab nenek sana garang katanya.. tau takut..
Lepas tu.. malam tadi dia request mintak hantarkan balik rumah atoknyadi P.J..
Alahai anak.. tak cukup lagi ke sepanjang cuti sekolah ni kat umah wan..?


Dak Adik..
Tak sampai 2 minggu kat rumah atoknya.. tak tahan asyik kena marah dengan kakak sepupunya..
Tinggal dengan ibu tak kena marah ke Adik..? Kehkehkeh..
Sama je kot..


Dak Nuha..
Sikitpun tak hairan bila dia kena tinggal sensorang.. syok jadi anak kesayangan..
Paling dia suka bila babah dia ada.. gedik manja yang melampau lak aku tengok..
Hai ibu.. cemburu ke..? Kihkihkih..


Hubby..
Semalam dan hari ni sibuk dengan gotong-royong membina pondok di jalan masuk TDBi..
Aktiviti tersebut bersambung lagi hari ni..
Setakat entry ni dipublish.. pondok tersebut masih belum siap lagi..



Semalam.. tengah terik mentari..



Aku..?
Sejak semalam pun turut sama sibuk.. takde lain selain mengambil gambar aktiviti gotong-royong tersebut..
Kisah dan gambar ---> next entry..
Aku pula terpaksa batalkan plan nak balik ke Selatan..




psstt: Lagi lama tak jumpa lagi manis kan.. oh!Rindunya rasa hati ini..



14 comments:

Amanda Suria said...

teringat masa kecik2 dulu..asal cuti sekolah je pi balik kg....seminggu sebelum sekolah baru balik umah semula....

Qaseh Vee said...

saya pun rindu kampung tapi sbb mak dah dok situ , mcm dah x best lak nak balik kg ...

Ann Ishak said...

seronok agaknya duduk dekat kampung tu... tu yang dak kakak mintak antar rumah atoknya

insan marhaen said...

Hari ni, saya cuma berdua dengan ibu_suri.

Anak kat Selatan kata nak balik, tak jadi. Yang ada kat sini... kerja.

Yang ada kat rumah.... hilang!

CikAnie said...

bebudak kalau cuti sekolah pastinak balik kampung,, mungkin sebab kat kampung ramai kawan,, insha allah saya pun balik selatan malam ni lepas suami habis niaga,,

❤Kamsiah❤ said...

akak un dah lama tak blk kampung...lps mak dah tak ada..dah tak best rasanya...

محمد رازيق said...

lamanya tak balik kampung. btw selamat tahun baru ye

JR said...

Sejak ibu dan ayah meninggal saya sangat jarang pulang ke kampung kecuali jika ada kenduri atau kematian kat kampung atau hari raya puasa dan haji...

norhidana miswan said...

boleh tahan dak adik hatinyer halus, kene marah selalu2 dia pun bosan kan, kene marah ngn ibu lain dr kene mrh org lain

nnti jgn lupe share camne lah rupe pondok yg dh siap tu ek

CikSiti said...

budak-budak memang suka bali rumah tok kan hehehe

Pen Tekan Admin said...

minta kebenaran untuk bertukar link blog. Saya dah memasukkan link blog ni dalam bloglist saya.

http://pentekan.blogspot.com

wahida said...

jangan dibiarkan rindu tu lama2..kang melarat...hehe...

Aziela said...

Betul...betul.... Tapi tak bolehlah lama sangattt.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Macam-macam kerenah anak kan? Sure come. Layankan aje...nanti tak sempat manja tau2 dah besar.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...