Followers Remaja Purba

Tuesday, January 13, 2015

Geram dengan Laluan Kontra NKVE Shah Alam - Subang Jaya



Sebagaimana pengguna lebuhraya NKVE sedia maklum, satu laluan kontra dari arah Shah Alam ke Subang Jaya biasa akan dibuka pada setiap hari kecuali pada musim cuti persekolahan.

Dengan kenderaan yang semakin meningkat ketika ini, aku berterima kasih kepada pihak pengendali NKVE membuka laluan kontra tersebut untuk mengurangkan kesesakan.

Tapi masalah timbul pagi tadi di mana laluan kontra tersebut yang biasa berakhir sebelum susur ke Subang Jaya telah ditukar hanya selepas susur tersebut.

Apa yang berlaku pagi tadi..?
Aku tak boleh melepasi susur ke arah Subang Jaya hanya disebabkan laluan kontra tersebut berakhir selepas susur Subang Jaya.


Ok..
Marah.. dah tentu..
Panas hati.. dah tentu..
Kecewa.. dah tentu..
Penat.. dah tentu..
TERPAKSA pulak ikut laluan susur lebih jauh gara-gara laluan kontra tersebut..
Serius aku tak pernah lalu laluan ni waktu pagi.. waktu kemuncak.. waktu nak pergi kerja.. kalau jalan kampung senang.. boleh u-turn.. ni highway.. nak u-turn celah mana..


 Susur Damansara..


Hari ini dalam sejarah..
Pergi kerja terpaksa menggunakan laluan lebih jauh dari biasa.. terpaksa pulak berhadapan dengan kesesakan jalanraya yang teruk hazabedah tu..
Macam manalah dorang yang berhadapan dengan kesesakan teruk tu setiap hari..?
Aku yang baru hadap hari ni dah rasa stress semacam..


 Bukan selalu dapat bergambar macam ni..




Lambat aku sampai ke pejabat hari ni..


psstt: Kesian dak Kakak tunggu aku lama kat sekolah petang nanti..




11 comments:

  1. Dah dapat buat catatan di blog walaupun sakit hati... :)

    ReplyDelete
  2. Akak dah merasa jalan sesak setiap hari masa kerja kat Bangsar tu. Lama2 dah tau dah. So, masa dalam kereta, tarik nafas dan bertenang. Sibukkan diri dengan makanan dan minuman. Hehehehe. Jimat masa.

    ReplyDelete
  3. errkk..nak pujuk suruh sabar pun tak guna nih, he he.

    nak wat camane, sesekali diuji..

    ReplyDelete
  4. Rasanya laluan kontra dah takde lagi kat nkve shah alam-subang jaya kan sebab dorang dah extend lane cumanya sejak smlm dorang tgh premix lagi middle lane tu yg lane kanan sekali tak dapat masuk ke exit subang.

    ReplyDelete
  5. sama dear...jalan sesak..jem start buka sekolah ni la merisaukan...huhhhh betul kena pandai cari jalan alternatif...wpun jalan jauh tp itu lg bagus dari stuck dlm jem...minyak pun cpt habis

    ReplyDelete
  6. ya allah, kalau akak nie mou berasap kepala gerammmm...huhuhuh

    ReplyDelete
  7. Pepagi nak pergi kerja kena macam tu memang mood merudum betul kan. Geramm aje:(

    ReplyDelete
  8. so dari exit damansara tu u-turn balik masuk high way, atau ikut jalan dalam aje sampai subang?

    ReplyDelete
  9. So bila guna laluan kontra tu jadi lagi lambat la ye sbb last2 kena guna jalan lain. Sabar je la. Minum Mountain Dew dulu kasi sejuk sikit hati. *sbb nampak iklan mountain dew dekat tol tu.

    ReplyDelete
  10. JGN DITANYA PERASAAN ORG HARI2 MENGADAP JEM JALAN GI KERJA.. HUHU.. JIWA SASAU OK.. HEHE

    ReplyDelete
  11. saya tak arif jalan2 kat KL ni.
    maunye sesat kalau xde GPS.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...