Followers Remaja Purba

Tuesday, March 1, 2016

Harga makanan juga yang tak turun turun..



Susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia, harga minyak turun lagi. Legalah sikit hati ni, senyum je tengok meter minyak tu mencanak naik dari biasa..

Tapi yang tak berapa nak puas di hati, harga makanan terasa mencanak-canak naik. Sudahnya aku ambil inisiatif tak beli waktu makan tengahari..
Petang balik kerja.. masak.. makan dengan anak-anak..
Sesekali bila teringin, pejam mata beli jugaklah..

Dah lama aku buat macam ni sebenarnya.
Dulu sebab nak diet.. nak slim
Tapi la ni poketku pun kena diet demi nak jimat berbelanja..
Ada kengkawan di tempat kerjaku siap bawa bekal..
Jimat dan dah tentu terjamin kebersihannya..


StatusHati: Moga kekal slim dan slim terus slim..





14 comments:

Yana Libra said...

betul tu kan..harga byk melampau skang..

sy bwk bekal lunch..pagi beli kuih ..huhu

paridah said...

LA NI MMG PERLU BERJIMAAT CERMAT BELANJA SBB SEMUA KEPERLUAN AMAT MAHAL..

saniah ibrahim said...

Anak2 akak lagi bljar trpaksa ikat perut utk jimat belanja mkn.Dulu minyak naik brg naik tpi bila turun brg tak pulak turun .

Naz said...

Peniaga selfish kan...

Nor Azimah said...

Dah lama dah bwk bekal lunch, jimat dan bersih

anak denesor said...

betul tuh..harga makanan maintain je mahai nk mampuih...sudahnye nk masak payah uma bujang xde dapur..huhuhu

norhidana miswan said...

turunkan harga minyak yg cume berapa sen je tuh tp naikkan yg lain... walau camne pun takde win2 situation..

Mummydearie said...

Awak kita datang jap nak mengomen aje ya. Nanti kita datang semula membaca ^_^

Kita dah tertag awak untuk ini :-

http://mummydearie.blogspot.my/2016/03/10-things-i-hate-most.html

Malinda said...

bukan harga minyak kat petrol pam je turun dik malahan harga minyak mentah dunia pon mendadak turun nye hampir ke 90%...part harga makanan pulak kadang2 bole buat akak jadi terkejut2 jugak...melampau2 kan ada tu harga memang tek masuk hakal...

Jobdirumah Buat Duit said...

Bila dah naik. Susah nak turun makanan ni. Biasanya macam tu lah. Tak ada dengar beli nasi ayam sebelum ni RM5. Lepas minyak turun, jadi RM4.50 pula. Yang ada tunggu dia naik lagi bila barang naik pula..hohoho.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bila naik. Jarang pula dengar da turun akak. Peniaga-peniga. Memang nak jimat ada masa baik masak bawa bekal ke pejabat.

makchaq said...

Makanan siap memang mahal betul sekarang...

Kat sini ada bukak pasar tani baru.. Alhamdulillah harga berpatutan.. tapi tak tau la kot baru bukak ada promosi.. takut nanti2 mahal balik..

Puan Kutu said...

bab harga makanan harga brg tu memang kompem la tak turun dh walaupun harga minyak turun..lg naik ada

makanan di sg petani ni kira masih murah la..tu pun kena pndai pilih kedai.sy memang biasa masak.sesekali je la beli..

adianiez AIDA said...

kita serupa la.
tghari tak makan.
pagi beli nasi lemak bungkus rm1.
mlm masak, dinner dgn anak2.
sedih betul sebab harga makanan naik giler-giler.
sekeping ekor ikan tenggiri masak kari = rm15.
sepotong ikan tenggiri asam pedas = rm10.
hu hu hu aduhai.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...