Followers Remaja Purba

Tuesday, March 22, 2016

Air apakah yang paling suci selepas air zamzam?


Awal tahun lepas seminggu aku ambil cuti rehat gara-gara dak Adik dimasukkan ke hospital..
Tahun ni pulak turn dak Nuha cuma kali ni kena kuarantin dalam rumah disebabkan chicken pox..
Pemantauan secara berterusan terhadap dak Nuha aku lakukan sebab aku tak nak dia kopek kesan chicken pox tu dan ditambah dengan musim panas yang extreme ni lagi buat dia cepat rimas..

Dalam pada tu, sempatlah aku membaca novel..
Kali ni karya Melur Jelita jadi pilihan..
Aku suka hasil karya beliau kerana banyak terselit unsur-unsur nasihat, pengajaran malah pengetahuan am disebalik babak yang ada..


Dan ini.. sebahagian kecil yang ingin aku kongsi..

Air apakah yang paling suci selepas air zamzam?
Jawapan:  Air mata..

Kenapa air mata dikatakan paling suci?
Sebab ia air yang paling jernih selepas air zamzam.
Air suci yang boleh memadamkan api neraka adalah air mata keinsafan..
Air suci yang boleh melembutkan hati adalah air mata..
Air suci yang boleh menyatukan dua jiwa adalah air mata..
Air suci yang segala-galanya adalah air mata tetapi dengan syarat, haruslah air mata yang dititiskan dari hati dan mata yang ikhlas dan jujur..



StatusHati: Hari ni hujan lebat dan mendung.. tidaklah panas terik seperti semalam. Alhamdulillah..



10 comments:

Jobdirumah Buat Duit said...

Air Mata air yang suci. Bila air mata keluar. Banyak maksud yang akan terhasil.

makchaq said...

Semoga Nuha cepat sembuh....nasib baikyang lain dah kena.. kalau tak lepas sorang sorang...

Makchaq pun ada jugak baca 1 buku melur jelita... I Love You Stupid.. tebal sungguh.. sampai sekarang x habis2 lagi baca... setengah pun x sampai lagi..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Suci betul air mata. Alahmdulillah tempat saya pun hujan malam tadi.

eima said...

hmm baru tau ... td baca tajuk dok pikir air ape la tu kan

Kira Sakura said...

air mata jugak boleh melunturkan hati seorang lelaki yang marah pada isterinya. air mata isteri!!!! hihihihihi

norhidana miswan said...

baru nk jwb airmata jgk...

pagi nih pun airmata awan dh turun ngn lebat.... menyejukkn kl yg panas

JR said...

Tak semua orang mampu keluarkan air mata dengan mudah terutama lelaki. Lelaki juga berhak sedih tapi untuk menitiskan air mata dianggap sebagai satu kelemahan oleh sesetengah lelaki...

Kamsiah Yusoff said...

airmata..dikurniakan ALLAH kala kita gembira mahupun berduka...

Mrs. A said...

Oh! baru tahu nih! air mata jawapannya

adianiez AIDA said...

melaka pun da sejuks skit.
hujan last few days.
air mata kalau kuar, byk maksud tersirat :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...