Followers Remaja Purba

Thursday, March 31, 2016

Milik kita belum tentu rezeki kita..



Kucing hitam belakang rumah aku dari zaman ia anak dara sampai dah jadi mak haiwan ni, sangat mendengar kata. Tiap kali aku balik kerja dia dah mengiau dekat tingkap rumah aku.
'Sabar, ibu baru sampai, penat lagi ni. Nak makan boleh tak tunggu sekejap.'
Dulu mesti anak-anak tanya 'Ibu cakap dengan siapa tu?'
Bila tau.. owh.. kucing rupanya..

Dan sekarang, anak-anak pun terikut perangai aku bercakap dengan kucing hitam tersebut.. 'Ibu, kesian ia.. ia belum makan. Kita bagilah ia makan ibu..'

Makanan yang biasa aku bagi.. dulu udang besau-besau sampai dia jemu..
Lepas tu adalah bagi sesekali ikan tapi paling kerap ayamlah.. sebab dak Adik tak boleh takde ayam dalam menu harian dia..

Makanlah miow..
Rezeki yang ada kita share sikit..
Dalam masa yang sama jiran berdekatan pun bagi kucing yang sama makan.

Alhamdulillah..
Aku tak mintak banyak..
Kau doakan aku kuat dan sihat dalam meledani rutin harian ni pun dah syukur dah..
Petang semalam..? Aku bagi ia puyuh goreng seekor..


Kejadian ini membuatkan aku terfikir..
Mengapa kucing itu datang ke rumah aku, bukan rumah orang lain..?
Inilah dikatakan..
'Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain. Milik kita belum tentu rezeki kita..' 
Rupa-rupanya sebahagian makanan itu adalah rezeki si kucing hitam itu..


StatusHati: Moga Allah beri kesihatan yang baik dan rezeki lebih buat kita semua..


10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Rezeki si Hitam berkongsi makan di rumah Nuha:)
Kalau bukan rezeki dah nak masuk mulut pun terjatuh
Eh... boleh kakak teringat yg nak nikah tak jadi walhal dah tinggal nak akad aje kan - tak ada rezeki jugalah tu..

paridah said...

BERKONGSI REZEKI KITA DGB MAKHLUKNYA TANPA MENGIRA BERKAT HIDUP KITA INSYA ALLAH.

SYANI said...

Betul tu... Allah datangkan sesuatu kepada kita sebagai ujian & pahala. Semoga makin murah rezeki korang sekeluarga.

Ratu Hatiku said...

Murah rezeki berkongsi rezeki dgn makhluk ciptaanNya kan.. Mesti si hitam selalu mendoakan Nuha sekeluarga..

Aziela said...

Kita kongsi sedikit rezeki kita, Allah balas lebih dari itu juga...

Nurzakiah Hanum said...

betul tue

Yana Libra said...

murah rezeki camtu :)

Dunia Zumal said...

Rezeki dari Allah untuk berkongsi sama-sama

hainom OKje said...

Tahun ni tak de anak yg nak masuk U Aiza, tahun depan insyaallahlah....

Qaseh Vee said...

kucing datang memebawa rezeki selain berzikir untuk kita ...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...