Followers Remaja Purba

Wednesday, March 9, 2016

Karnival Karangkraf Shah Alam 2016


Karnival Karangkraf Shah Alam 2016 yang telah berlangsung di Kompleks Media Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam pada 26 - 28 Februari 2016 yang lepas.
Ditemani hubby dan adik ipar, Karnival tersebut kami kunjungi pada hari terakhir..
Nak kata aku minat baca novel, bukan semua genre yang aku suka tapi gedik nak jugak pergi.. Bukan senang dapat gedik santai hubby teman ke tempat yang sesak ramai orang tu..



Sementara hubby sibuk layan anak buah beliau, ku ajak dak Nuha jalan-jalan cuci mata melihat apa yang berkenan di hati..
Dapatlah kusambar beberapa buah novel untuk aku dan jugak dak Kakak..
Untuk dak Nuha pun ada cuma pilihan tak banyak.. ke aku yang tak pandai nak cari..?
Gigihlah dak Nuha ikut sambil tarik bucu baju aku sambil mengomel..
'Ibu.. kan kita dah lalu dekat sini tadi..' bila aku ulang ke tempat yang sama..
Dalam dok ralit ke hulu ke hilir, aku disapa oleh seseorang..


 Murni Aqila - penulis novel
Novel ke 7 beliau.. 'Gila Tak Rindu'


Sinopsi novel beliau..
Aku tak baca lagi tapi dah tahu ending novel ni..
Memang menjadi habit aku akan baca ending nya dulu.. kihkihkih..



dak Nuha bersama penulis novel - Murni Aqila..


Namun demikian..
Subjek utama aku ke sini.. mencari novel karya Ramlee Awang Murshid.. juga menambah koleksi novel seram yang ada..
Nampaknya aku dah mula addict dengan novel seram.. tapi sampai ke hari ni novel seram yang aku beli tu tak terbaca-baca lagi.. nampak nau penakut.. hahaha..


'Sebagai Manusia Aku Sayang Padamu'
Koleksi Novel RAM aku di SINI dan SINI..


Puas hati bila berjaya memenuhi koleksi novel RAM yang ada..
Tapi yang tak bestnya, dah masuk dalam kereta baru adik ipar tanya, tak jumpa ke dengan penulis novel tu.?
eerrr.. ada ke..?
Frustnya.. sobsobsob..



StatusHati: Aku rindukan setiap perhatiannya..



12 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang seronok pergi pesta buku macam ni. Macam-macam buku ada dan boleh beli dengan harga yang berbaloi.

Jobdirumah Buat Duit said...

Nampak menarik semua buku yang akak beli.

OhPanduan said...

Tak sempat nak pergi hari tu. Sebok dengan urusan lain. Selamat membaca yea.

Sally Samsaiman said...

alaaaaaaaaa...Karangkraf ni kan saje je dok nak hbskan duit org..hahahaha

Kakzakie Purvit said...

Waahh.. Nuha posing dgn novelis ye:)
Kakak rasa tahun ini kakak belum baca novel lagi tau. Kakak sekarang lebih baca buku motivasi - dah tua macam itulah kakak rasa.

Husna Rahman said...

best ni memborong buku2 plus novel2...

uncle gedek said...

jangan lah aunty tau… dia tu hantu novel!

Raihanah Ahmad said...

bestnya borong buku

Aziela said...

Jelessss.....

Anonymous said...

suka novel...

aRz MoHa said...

Ramai suka novel RAM kan. Walaupun bukan peminat novel tapi tahu juga pasal RAM ni.
Rugilah tak dapat jumpa penulis

Insyaallah lain kali ada rezeki

adianiez AIDA said...

pembaca novel ye?
aida ni plak x gemar baca novel.
anak sulung yes minat baca novel.
aida membeli utk dia :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...