Followers Remaja Purba

Tuesday, March 8, 2016

BoboiBoy: The Movie


Sambungan dari SINI..


Surprise menjadi..
Cuak muka anak-anak bila aku ajak masuk ke dalam cinema tapi takde tiket..
yeeaaaa... anak-anakku terkena..


Sebelum tu kita makan dulu di sini.. depan GSC tu je pun..
Senang.. takdelah terkejar-kejar nanti..
Lepas makan, beli sesiap pop corn dengan air..
Dak Kakak dah blur masa ni..
'buat apa beli pop corn, kalau tak tengok wayang ibu..?'


Aku dah beli sesiap sehari sebelum tayangan filem ni lagi.. 

Kira surprise ku menjadilah kali ni.. wakakaka..
Cuma satu je tak best.. Takde poster besar BoboiBoy kat GCS Setia City Mall..
So tak dapat nak selfie.. macam Papa Zola..



Sumber ni dari en. Google..





Sinopis BoboiBoy: The Movie..
Terbitan Animonsta Studios.

Satu kumpulan jahat, The Tengkotak yang diketuai oleh Bora Ra tiba ke bumi dalam usaha untuk merampas kuasa 'Sferra Kuasa' yang disembunyikan di bumi oleh Klamkabut. Ochobot telah ditangkap bagi membantu pencarian lokasi di mana 'Sfera Kuasa' itu disembunyikan. BoboiBoy bersama Yaya, Ying, Gopal dan Yang perlu menyelamatkan Ochobot dan  menghalang niat jahat The Tengkotak untuk mendapatkan kuasa tersebut. Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh mereka.

  •  Selain BoboiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Yang turut mendapat kuasa baru. Apakah kuasa yang diperolehi mereka..?
  • Apakah Ochobot dan Klamkabot akan mati akhirnya dalam usaha menyelamatkan kuasa tersebut..?
  • Apakah yang terjadi kepada Papa Zola, Adu Du dan Cici Ko..?
  • Adakah Kiki Ta akan jatuh hati pada Adu Du..?
  • Ke manakah akhirnya 'Sfera Kuasa' itu disalurkan..
  • Watak Papa Zola yang gila selfie.. dalam kalut kena tangkap dek Bora Ra pun sempat selfie lagi.. memang terbaiklah..


Watak dalam filem ini:
BoboiBoy: Nur Fathiah bt Diaz
(Power - Earth, Wind, Lightning, Fire, Water)

Yaya: Nur Sarah Alisya
(Power - Gravity manipulation)

Ying: Yap Ee Jean
(Power - Time manipulation)

Gopal: Dzubir Mohd Zakaria
(Power - Molecular manipulation)

Ying: Wong Wai Kay
(Power - Shadow manipulation)

Ochobot: Mohd Fathi bin Diaz
(Power - Generation 9 Power Sphere)

Klamkabot:
(Power - Generation 1 Power Sphere)

Bora Ra: Azman Zulkiply
(Power: Blackhole)

Gaga Naz:
(Power: Cybernetic Arms)

Yoyo Oo: Anas Abdul Aziz
(Power: Mechamancer)

Kiki Ta:
(Role: Pilot)

Cici Ko:
(Role: Janitor)

Papa Zola: Nizam Razak
(Role: Teacher & Mentor)

Tok Aba: Anas Abdul Aziz
(Role: Grandfather & Mentor)

Adu Du: Anas Abdul Aziz
(Role: BoboiBoy's arch enemy)

Probe: Anas Abdul Aziz
(Role: Robot sidekick)

Sumber maklumat dari SINI..


10 minit pertama je bertahan dengan jayanya.. lepas tu dak Nuha mula tunjukkan ragam dia. Bangun, duduk, berdiri, nak diriba, cuma tak baring je kat lantai GSC tu..
Dak Kakak dengan dak Adik usah cakaplah.. gelak memanjang.. termasuklah babah dorang..
Aku..? Huhuhu.. tak puas gara-gara ragam dak Nuha.. rasa nak repeat balik..

Antara yang menarik dalam filem tu..
(ini je yang sempat aku ingat sebelum dak Nuha meragam)
  • 'Di mana ada bahaya, di situ ada saya.. J Jambul.' (wartawan)
  • 'Nampaknya kejahatan memerlukan pembelaan kita.'
  • 'Pergilah saudara jahatku.' (Geng Jahat Super Jero Jero)
  • 'Kebenaran tak pernah bergerak berseorangan.' (Papa Zola)

Bahasa yang digunakan pun mudah difahami oleh budak-budak, happening suasana dalam cinema malam tu.. Anak-anak happy aku suka hati..



Lengang kawasan sekitar selepas pukul 11 malam..

Seronok menonton, tak habis pun popcorn ni, maka kita bawaklah balik..


Untuk filem BoboiBoy: The Movie ni aku bagi 4.5/5 bintang dari aku..
Baki 0.5 tu sebab dak Nuha ganggu konsentrasi aku waktu menonton.. kihkihkih..



StatusHati: Kungfu Panda 3..??



16 comments:

||aLeaSaRa|| said...

kak lea memang plan nak pergi tengok,tunggu anak2 hbs exam minggu ni.then maraton kungfu panda 3 pulak :)

Lady Shah said...

rindunya nak tgk wayang.. sejaknada anak kecil ni.. mmg tak pernah dah jejak.kaki...

Malinda said...

kikiki..dak Nuha bikin onar pulok dah...hahaha...memang gitu la dik kekanak baya2 tu...dak Izara pon kadang2 gelisah gak dlm panggung lagi2 kalau tengok cite pilihan apak dia...tapi kalau cerita kartun ralit gak siap gelak2 tutup mulut lagi...hehehe...bertabah jelah yg penting anak2 happy...kirenye misi ko berjaya mengejutkan anak2 kan...

Yana Libra said...

bestnye :)

- dieyana - said...

bestnya, tunggu reda sikit, kami p tgk...tk sbr pulok rasanya sbb pestaim nk try bawa cik kembar masuk tgk wayang ;-))

Kakzakie Purvit said...

Anak kakak duduk asarama pun dah booking balik cuti ini dia nak menonton juga. Hebat penangan BBB ini kan.

Puan Kutu said...

ramai yg komen kata citer ni best..yg expectation tinggi ada kata byk adengan yg macam tak sampai..emm2 apa pun budak2 memang suka la pi panggung tgok citer kartun

paridah said...

menarik sgt filem animasi boboboi ni xkira tua muda kecik besar minatinya...

norhidana miswan said...

ramai dh kwn2 bg review kata best movie nih ...
meronta2 hati nk ajak aiyan tgk... tp ujung minggu ni nk balik johor lak... next weeknya ntah ada ntah tak lg kt wayang...

Daddy Ziyyad said...

wow....4.5 bintang....
tak sure lagi nak usung anak2 ke SCM tgk ke tak....hahaha

Saniah Ahmad said...

baru nak beli tiket,, insha Allah malam esok baru dapaat tengok huhu,, mak bapak terlibat sama dek citer kesukaan anak-anak ni huhu,,,

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Best cerita ni dari review ramai yang dah pergi. Tapi tak tahu lagi, nak duduk diam tak anak saya bila masuk dalam tu.

Jobdirumah Buat Duit said...

Best cerita ni. Tengoh berfikir-fikr lagi nak pergi ke tak. Takut anak tak dapat duduk dengan aman dalam tu.

babYpose said...

Bestnya tengok movie dengan anak-anak cuma dak Nuha ja yang duk explore lagi ye. Teringin nak bawa anak-anak jugak la..

aRz MoHa said...

Waaaa tak dapat tengok lagi.... Tunggu main kat astro first jela

adianiez AIDA said...

best!!! aida bagi full marks.
rabu nanti in shaa Allah ijat gi dgn ticer tadika dia.
tadika dia buat rombongan ke panggung wayang tgk boboiboy :)
aida ok aje.
ijat pun memang ajak gi sekali lagi :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...