Followers Remaja Purba

Sunday, March 20, 2016

5 things I hate the most


Aku telah di tag oleh blogger MummyDearie..
Beliau ni kalau singgah blog aku, memang kalau boleh stok sebulan punya entry dia akan komen macam kena sawan komen.. hikhikhik..
Apa-apapun terima kasih pada beliau rajin mengomen..
Ni bila dah di tag, kenalah aku rajinkan diri pulak..


Orang lain dah lama buat, aku baru nak buat..



Lima perkara yang aku tak suka/benci atau dalam bahasa kampung aku 5 things I hate the most..


Cara pemanduan di jalan kampung, jalan persekutuan dan lebuhraya.. 
  • Jalan kampung: Tengah rileks memandu, tiba-tiba dengan selamba tanpa rasa bersalah keluar simpang.. ni kalau aku tak perasan confirm bercium dah.. lagi bahaya yang keluar simpang tu bawak anak kecik..
  • Jalan Persekutuan: Jalan yang dah sedia sesak waktu kemuncak, time tu lah ada yang memandu sangat perlahan. Tolonglah memahami pengguna yang lain, stress woo bila terkena dengan orang macam ni..
  • Lebuhraya: Lane paling kanan menjadi perlahan bila ada pemandu tidak mahu memberi laluan pada kenderaan di belakangnya walau high beam telah diberi.. memang sengaja cari penyakit namanya.. confirm aku nyalakan lampu tinggi sampai dia rasa silau dan tukar lorong.. aku minta cara elok tak nak bagi.. kan..
Parking kenderaan ikut suka..
  • Masa pergi ujian JPJ baik sopan santunnya perangai, tapi bila dah ada lesen.. nauzubillah perangai tak semenggah..
  • Dah diajar cara parking yang elok tapi lepas tu dah macam samseng jalanan pulak aku tengok..
Macam dialah yang terbaik.. terbagus dan seumpama dengannya..
  • Tak boleh ditegur, melenting semacam.. tapi kalau bagi nasihat dekat orang lain, macam dialah ustazah pilihan..
  • Kalau kena batang hidung dia sendiri, 'hukum tu boleh berubah mengikut keadaan diri dia..'
Tak suka kaki pukul..
  • Aku tak suka lelaki jadikan perempuan sebagai punching bag melepaskan kemarahan yang ada..
  • Aku lagi tak suka perempuan tu terlalu 'pasrah' diri dipukul sesuka hati..
Menegur akak kantin berkenaan kebersihan..
  • Aku tegur secara baik tapi niat aku disalah anggap.. tak boleh terima teguran satu hal, tarik muka dekat aku satu hal.. macam aku pulak yang bersalah.
  • Bukannya aku tegur depan ramai orang pun.. hai laa akak kantin muka sombong..
  • Apa kau rasa bila sup yang kau beli ada anak lipas dalamnya.. tu belum kira ada makanan yang dah jatuh, kutip masuk balik dalam pinggan..


Aku memang tak suka/benci bila ianya berlaku tapi dalam masa yang sama cuba untuk bersabar selagi mampu.. Selagi mampu kupujuk hati dan cuba istighfar supaya hati sejuk balik.. Cakap dengan diri 'senyum.. senyum.. nak cantik kan.. tak nak cepat tua kan..' hahaha..



StatusHati: Hari ketiga dak Nuha kena chicken pox..



6 comments:

Nor Azimah said...

Semua tu betul, tak suka juga

Siqah Hussin said...

Sokong bab sikap pemandu jalan raya. Selalu kena hadap orang camtue. Haih.

Malinda said...

yg part last tu wow sangat...anak lipas tu dia tumis sebagai perencah kot dik...sian dak Nuha mesti tengah melitai gatal2 tu...pantang makan buat masa ni dik pastu kerap bagi mandi..sekarang ni musim panas buka aircond selalu kalau bole

eima said...

HMMM KITE SEMUA TAK SUKA KAN ...


LA SIAN NUHA CEPAT SEMBUH

Kira Sakura said...

Eeee gelinya kak yang last sekali tu. Akak better suruh bebudak tu jaga2. Buatnya org kantin tu busuk hati buh benda bukan2 dlm makanan bebudak tu naya!!!! Hati orang mana nk boleh baca kan.....

kira pernah kena atas hway. Kita bago hbeam mcm mana pun dia boleh buat relaks lagi duk lean kanan dgn perlahan tanpa bersalah. Plat siam!!! Semua yg nk motong semua ptong dari belah kiri.

adianiez AIDA said...

when it comes to on the road, memang byk pe'el manusia.
bikin hati sakit.
bikin nak memaki org pun ada :( grrrrr...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...