Followers Remaja Purba

Friday, October 9, 2015

Rindu nak balik kampung lagi..


Belek-belek entry lama teringat pulak stok draft yang berlambak masih tersimpan..
Ntah bila nak clear, aku pun tak tahu..

Ni kenangan sepanjang perjalanan balik kampung berhari raya yang lepas..
Bukan Aidiladha tapi Aidilfitri..
Nampak tak.. tu baru draft yang tak sampai 3 bulan aku simpan..
Belum lagi draft yang dah berkurun zaman tu..



Kalau setiap kali pulang berhari raya..
Lebuhraya lengang macam ni.. eemm.. pueh hati..


Takde lain dah.. ke arah Selatan jelah tujuannya..

 
Inilai Pekan Tampin, Negeri Sembilan..
Lain kali aku nak bawak anak-anak menjelajah kawasan sekitarnya..
Tempat kenangan masa zaman aku kecik dulu..


Berhampiran lampu isyarat Pekan Gemencheh, Negeri Sembilan..
'Kerusi buaian'


Hampir 3 tahun berturut-turut kami singgah beraya di Nyalas, Melaka..

Pekan Tangkak.. sesak sentiasa.. (waktu aku lalulah)..

Sementara nak kena hadap jalan sesak.. macam biasalah..
Ada je gambar kenangan..

Ni.. eerr.. aku rasa macam nak ke Sungai Mati, Muar..


Pemandangan kiri dan kanan..
Selain dari kemeriahan beraya, buah-buahan juga turut berbuah lebat..
Masa tu lah.. 


Pokok kedondong.. walau tiada daunnya tapi masih berbuah lebat..


Hanya tinggal pintu.. tiada lagi pagar di kelilingnya..



Salah satu replika tepak sirih di Lebuhraya AMJ..
Sambil memandu sambil snap gambar, ginilah jadinya..


Tak puas hati ambil gambar dari dalam kereta..


Mulalah mata ni dok jeling calendar dekat dinding..
Mulalah nak merangka strategy nak bodek chef hubby..
Tinggal sebulan setengah sebelum cuti persekolahan hujung tahun bermula..
Nak balik kampung..
Tapi.. apa-apapun..
Kena utamakan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun tak lama lagi..
Moga rutin harian juga berjalan dengan baik hendakNYA..




StatusHati: Bila rindu menguasai..



9 comments:

Zaza Abdul Latif said...

yer lah.. mmg lama entry ni.. dah lepas Aidiladha baru nak bukak cerita Aidilfitri.. hahaha..
Psstt gambar tepak sirih kat Lebih AMJ tu kalau nak tau belakang replika tu lah kampung laki den yang den selalu kata balik melaka.. itu lah rumahnya.. hihihi

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rumah arwah MIL akak dekat dengan Pekan Tangkak tu Aiza..
Pekan Gemenceh tu pun tempat laluan akak balik kg juga tu..

Yana Libra said...

lamanya simpan dlm draft..hehe :)

LZ - The Blog Owner said...

Suka dengan pemandangan pekan Tampin..
Saya pi pejabat daerah Tampin baru berpeluang ke Tampin.. :-)

gadisBunga™ said...

kat mana beli patung harimau tuuu???

uncle gedek said...

Tangkak tu kampong uncle!

Puan Kutu said...

Adoi punya lama peram entry.insyaallah hujung tahun kita balik kampung lagi ye.hehe

nini said...

Kalau jalan jemmmmm mau menangis rasaaaa......penattt

ewanthology said...

nampak macam dah lama sangat tak balik kampung tu :-)))

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...