Followers Remaja Purba

Thursday, October 1, 2015

Kembalinya Oktober ke pangkuanku..


17 Zulhijjah 1436H.. 1 Oktober 2015..

Bertemu lagi selepas setahun kita berpisah..
Kembali dengan kisah yang baru.. rutin yang semakin bertambah..
Kenangan sebulan pada tahun lepas kekal tercatat di sisi tepi blog..


Oktober..
Hadiah pertama yang diterima.. kenaikan 10 sen pada harga minyak:
RON95: RM2.05 sen seliter
RON97: RM2.45 sen seliter termasuk GST
Diesel: RM1.90 sen seliter

Takpe.. bulan depan turun baliklah tu..
Dah biasa dah.. turun naik harga minyak ni..
Perlu bersedia dari segi mental dan fizikal jelah..
Kena terima hakikat walau tak suka..


Tragedi Oktober..
Tak sanggup lagi aku.. mengenang kisah lalu..
Tapi itulah penguat hati agar lebih tabah.. lebih kukuh..
Tanpa semangat yang kuat.. 'sauh yang berlabuh pun pasti teralih..'

Oktober..
Sebulan bersamamu..
Moga yang indah-indah.. yang happy ceria mengiringi langkahku..
Biar yang tak indah.. yang unhappy tak ceria tu kita campak jauh..
Jangan bagi dia singgah ke dalam hati ni..
Tapi kalau dah cuba masih tak boleh.. eemm.. kena cuba jugaklah sampai boleh..



StatusHati: Awal pagi kutermimpikan dirimu.. gara-gara rindu teramat..?




13 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga Oktober ini membawa bersamanya yang indah2 untuk dikenang...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga bulan ini mendatangkan kebaikan buat aizamia3.

Jobdirumah Buat Duit said...

Kenangan boleh dijadikan pengajaran untuk kita terus melangkah kehadapan.

OhPanduan said...

Semoga bulan ini mendatangkan 1001 kebaikan untuk aizamia.

Nurzakiah Hanum said...

semoga membawa kegembiraan

Kakzakie said...

Dia nak naik ke nak turun kita tak ada kuasa nak menyekat..
Kereta kena isi juga utk bergerak.

lieyalatif said...

in sha Allah moga oktober membawa sinar bahagia utk kite semua...

pejam celik dah hujung tahun kan....

amirah said...

moga sume yang baik2 aje untuk kita di Oktober ni..

idzwa kamaruddin said...

jgn lah trajedi oktober kan..

paridah said...

tragedi oktober sentiasa berulang...

Suria Lekatlekit said...

sedap baca nukilan oktober tu hehehe

Daddy Ziyyad said...

Memang best la karaoke lagu Tragedi Oktober...dgn harga minyaknaik...hahahaha

Kira Sakura said...

moga dipermudahkan segalanya untuk hari ni, esok dan hari2 berikutnya :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...