Followers Remaja Purba

Tuesday, October 13, 2015

Kenangan panjat pokok betik..



Rindunya nak balik kampung..
Rindunya nak panjat pokok rambutan..
Rindunya nak panjat pokok jambu..
Rindunya nak panjat pokok langsat..
Rindunya nak jolok buah manggis..
Rindunya nak terjun sungai..

Paling rare.. rindunya nak panjat pokok betik sampai ke hujungnya..
Sampai patah pokok betik tu sebab tak mampu nak tampung berat aku..
Walaupun pokok betik tu kecik tapi tinggi..
Sakit..?
Takde pulak rasa sakit sebab waktu pokok betik tu patah dari pangkalnya..
Aku jatuh elok je sambil peluk batang pokok tu..
Sebenarnya.. aku takut kena marah..
Waktu tu.. bapa saudaraku bercekak pinggang tengok kenakalan aku..
Kahkahkah.. memang ohsemlah kenangan tu..

Tapi aku tahu..
Semua itu hanya tinggal kenangan..
Tapi kalau ada.. takkan kulepaskan peluang..
Selfie sekali kat atas pokok sebab dulu takde camera..

Oh!Rindu kat kampung..
Rindu pada arwah wan dan atok.. Al-Fatihah..
Rindu semuanya..
dan.. Rindu juga dekat awak..

 
StatusHati: Perpisahan itu menyakitkan tapi kenangan itu tetap kekal selamanya..


16 comments:

Nurzakiah Hanum said...

kenangan akan kekal kan :)

Zaza Abdul Latif said...

perrgghh kejantanan sungguh perangai panjat pokok betik.. rasanya tak pernah dibuat orang lagi kot.. hihihi

PeRdU cINta said...

hehehehe..jangan lupa..selfie tau lepas ni bila ada peluang panjat pokok betik..

Kakcik Nur said...

Kenangan yang hanya mampu diingati namun waktu tak akan berputar kembali...

makchaq said...

Tu yang oeang kata tempat jatuh lagi dikenang....inikan pulak tempat bermain...
Budak dulu lasak kat luar... macam2 kenangan.. budak sekarang main tembak2 dalam komputer.. main congkak dalam komputer.. lari2 pun dlm komputer..x de kenangan sangat rasanya...

LydSunshine said...

Heheh, hebatnya boleh terfikir nak pajat pokok betik. Sian pokok betik tu patah ye.

saniah ibrahim said...

Pokok betik pun panjat ke?....amboi bukan main handalnya macam budak lelaki.
Seronok kan bila diingat kenangan zaman budak2 yg anak2 skg tak rasai lagi pengalaman seperti itu.

paridah said...

heh..heh..ada juga kenangan panjat pokok betik ni...

Kakzakie said...

Ini kalau anak-anak baca dan Nuha tahu mahu dia gelak guling-guling.
Ibu tak boleh marahlah kalau kami pun buat panjat-panjat sebab ibu dulu pun sama kan Nuha kan:)

uncle gedek said...

biar betik!

aTieYusof Family said...

memang indah sungguh kenangan di kg kan.. sampai panjat pokok betik tu..hihi

Malinda said...

hahaha....jahanam pokok betik ko panjat ye dik...nasib tak kene sesah dengan rotan...kahkahkah....tapi dedulu memang best la pokok buah buahan besepah nak makan panjat je petik....tak bebasuh hape pon terus ngap masuk mulut....hehehe

nini said...

Hihi mcm comel je panjat pokok betik....

Yana Libra said...

saya budak bandar, tak pernah panjat pokok time kecik..hehe

Daddy Ziyyad said...

Saya...

Tak pernah panjat pokok!
Hahaha

ayuadyani said...

x pernah dengar orang panjat pokok betik..rare ni..hihi..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...