Followers Remaja Purba

Monday, October 19, 2015

Masih kabur lagi pandangan rupanya


Tiup kiri..
Hembus kanan..
Lap depan..
Sapu belakang..
eerr.. masih kabur lagi pandangan rupanya..


Jerebu masih melanda..
Lagi sekali sekolah di beberapa buah negeri terpaksa ditutup..
Berlaku ketika pelajar menghadapi peperiksaan utama..
Dari Peperiksaan UPSR membawa ke PT3..
Minggu ni bermula pulak peperiksaan akhir tahun..
Akan datang.. SPM dan STPM..?

Nauzubillahi minzalik..
“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Tak banyak sikit pasti emosi terjejas..
Bertabahlah buat semua anak-anak..

Aktiviti luaran terpaksa dihadkan malah dipantau demi kesihatan..
Ni kalau berterusan, nampak gayanya makin menggebulah kemalasan nak jogging..
Rutin yang kupandang sepi kebelakangan ini..



StatusHati: Pahit untuk ditelan tapi itulah hakikatnya..



13 comments:

  1. jerebu ada lgi kan? kena tgktkan immune sistem dan jaga diri la gitu hehe... sy mimi, salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  2. Esok tutup lagi sekolah.
    Rugi masa.

    ReplyDelete
  3. Tu lah aiza dah jadi acara tahunan menghadap jerebu ni..
    Yang tak tahan bila dapat sakit ni.. akak batuk tak elok2 lagi ni..

    ReplyDelete
  4. Kesian adik2..yang nak hadapi peperiksaan..Allahu..

    ReplyDelete
  5. My boys pun patut exam minggu ni, tp darjah 1 je lah pun. Tp in a way, rasa lega juga sbb mcm ada extra time utk ulangkaji pelajaran lagi. Moga moga semua students dpt pandang penangguhan ni dari segi positif

    ReplyDelete
  6. hah?Ingtkan dah slow slow berambus dah jerebu..rupanya ada lagi.Alhamdullilah kat tempat saya belajar (Kedah) ni tak effect sgt..kalau ada pon hrtuh je.....tuh pon bole dikira tak teruk sgt........Sabarlah!lama2 hilang la tuh......

    ReplyDelete
  7. tu lah..
    kabur tak bereti nak hujannn

    ReplyDelete
  8. Mujor pun sekolah kat johor ni tak cuti,risau juga anak kakak yg sekolah rendah sedang pekse akhir tahun ni.
    Ingatkan haritu dah pulih jerebu,tapi ia kembali semula.

    ReplyDelete
  9. Tempat sy pun dh teruk sikit jerebu..adoi bilalah nak selesai kes jerebu ni..bawak penyakit n terbantut aktiviti..harap cepatlah reda

    ReplyDelete
  10. anak2 dah selamat dlm rumah tp mak yg bekrja sdg berperang dgn batuk yg teruk..adoiii

    ReplyDelete
  11. Kan kak..baru nak bawak qisya jenjalan melaka..semalam dh clear tp arinie teruk balik..hurmmm..

    ReplyDelete
  12. hari ni masih teruk..dijangka lambat lagi nak ok kan..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...