Followers Remaja Purba

Saturday, September 27, 2014

Berjogging aktiviti menyihatkan badan..








Aktiviti yang agak lama aku tinggalkan.
Kini menghantui diri hingga aku kembali berjaya melakukannya..
Walaupun tak sekerap mana tapi aku cuba untuk lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali..
Kalau tak dapat, sebulan sekali pun dah cukup bagus dari takde langsung..


Kenapa aku beria-ia melakukannya sedangkan boleh je berehat bersama Kit Kat sambil menonton siri kegemaran di rumah..?
Dalam usia yang semakin meningkat ke usia Purba.. stamina aku pun turut berkurangan.. ditambah dengan dapat tidur hanya 3 - 4 jam sehari.. membuatkan aku sering keletihan selain dari mengantuklah..


Nak kata ini jalan penyelesaian, mungkin sebahagian kecil rasanya.. tapi sekurang-kurangnya aku rasa berbaloi dengan apa yang aku lakukan..
Memang sakanlah peluh keluar selain dari tak cukup nafas dibuatnya.. tapi aku enjoy dengan aktiviti ni..
Tak perlu bersusah-payah nak pandu kereta pergi ke taman untuk melakukan aktiviti ini.. cukup sekadar sekeliling taman perumahan tempat tinggal aku..
Aku lebih suka melakukan aktiviti berseorangan.. lebih selesa dan mudah nak buat berapa pusingan yang aku ingini..

Moga dengan semangat yang tak berapa tinggi ni, aku mampu merealisasikan walau tak sekerap mana..




psstt: Senyap tak bererti tak mengingati dirimu..



8 comments:

  1. bagus3x..sihatkan badan, untuk berbakti pada keluarga dan mudah nak tambah amal ibadat yea, yela bila badan dah sihat bolelah tambah puasa2 sunat kan, he he

    ReplyDelete
  2. IM sejak dah berhenti kerja ni, riadah selang sehari. Macam yang IM tulis dalam 1~2 entri sebelum ini.

    Anak IM suruh riadah keliling rumah je. Jimat kos petrol dan masa tapi IM seganlah. Lagipun IM nak riadah keluar dari suasana hari-hari yang IM alami. Suasana riadah, orang keliling yang beriadah dan mencara fikiran yang lapang.

    IM pun kekadang culas juga sesekalai tu. Tapi kena kuatkana hati sebab sekarang ini halangan untik istiqamah itu sudah tiada kecuali hati sendiri.

    Tak bestnya, bila dah pulun dengan riadah, petang rasa letih dan kena tidur sekejap.

    Itu fenomena orang tua macam IM ni agaknya...

    Selamat beriadah. Tanamkan di hati ia sebagai sebagai sebahagian dari program kesihatan diri...

    ** tersenyum bila baca psstt...

    ReplyDelete
  3. olahraga ni memang bagus cik aiza utk hilangkan rasa gelisah. bukan sekadar menaikkan stamina badan saja tau... so joging bebanyak sikit, boleh jadi the happier person in da world.. ^^

    ReplyDelete
  4. Berbadan sasa mcm aku ni tak seswai berjoging, doktor tak galakkan kerana lutut boleh cedera, doktor syorkan briskwalk atau berbasikal je...lebih baik klu berenang...

    ReplyDelete
  5. Saya berjoging 5 hari seminggu,dari hari Ahad hingga Khamis, 6 km setiap hari. Bila dah ketagih joging kadang2 masalah juga, hujan renyai-renyai pun terjah juga, pagi esok hidung mula tersumbat...flu! Bulan posa ketika orang suka manjakan diri, saya masih berjoging, dah ketagih, cuma km dikurangkan dari 6 km ke 4 km saja...

    ReplyDelete
  6. As salam. Mmg best jogging kan. Tapi saya ni susah sikit.. nak bawak baby lagi..sambil nak tolak stroller..dia pulak xmo duk diam.

    Skang ni saya nak konsisten zumba.. sebab saya ni suka menari..hehhe..stgh jam pun dah peluh macam apa.... tapi yg bestnya zumba ni kita rasa enjoy..

    Apapun bila kita sihat n kekal cergas akan mengeluarkan hormon endorphin yg akan beri kita more relax n happy... so sgt elok dibuat di pagi hari..

    Eh..dah mcm zumba tutor lak..hehhe..over..

    Mehla lawat kitanya blog

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    Done follow u.nice blog.

    ReplyDelete
  7. saya pun lama dah tak bersukan...sejak kawen ni aktiviti berfutsal dan jogging ditinggalkan terus... bila dah stop ni mulalah malas nak start semula,

    ReplyDelete
  8. kalau bersenam bdn rasa selesa aje nanti ai..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...