Followers Remaja Purba

Friday, September 5, 2014

Betapa cerianya mereka.. tapi..




Betapa cerianya dak Kakak dengan dak Nuha..


Tapi..
Disebalik kegembiraan dan keceriaan wajah dorang berdua tu..
Semalam.. balik kerja pengasuh bagitahu kaki dak Nuha cedera..



Kisahnya..
Dak Nuha dok main angkat bata merah kat depan rumah pengasuh.. bata terlepas dari tangan dia kena pada kaki dia.. eemm..  meraunglah dia..
Sudahnya berbalut ibu jari kaki dia.. Aku ingatkan sikit rupa-rupanya boleh tahan jugaklah..
Pengasuh siap mintak maaf pada hubby..
Budak sedang membesar, nak melasak jelah kerja dia.. nak explore setiap sudut dalam dan luar rumah..
Aku takde nak salahkan pengasuh pun..
Aku tahu tahap melasak dak Nuha macam mana..
Bersyukur takdelah teruk mana..
Sudahnya nak tidur malam tadi merengek dan muntah.. eemm.. tengah tak sihat ragam dia lain macam sikit.. badan dia pun dedo..
Nak tidur pun kena ada babah.. kalau babah takde pun lena gak tidur.. kehkehkeh..
Alah.. kalau dah letih, lena je tidurnya..
Kesian dak Nuha.. belum baik demam, ibu jari kaki pulak cedera..





psstt: Tik tok.. tik tok.. eemm.. sabarlah wahai hati..



16 comments:

nur anis said...

aduhh..sakit tu...semoga Nuha sihat cepat..

Kakzakie said...

Tapi itulah kalau jaga budak tengah ligat kena lebih sikit perhatian. Sampai budak angkat bata pun tak tahu. Kesian Nuha....

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Petak Bunga said...

kita pun jaga anak selalu cuai..
muka Luth berparut kat dahi masa kita jaga juga.. budk tgh membesarkan..
tok dia jaga, bukan main protect..

asyifa mustaffa said...

Ala hai Nuha...sian dia...tu la bdk2 kan...besok2 dah sihat nnti...buat lagi tu klau dapat... cepat sihat ya ...

Chot said...

Mesti Sakit sgt tu smpai dedor..huhu

faraherda.razalan said...

Alahai...cian dia. Moga lekas sembuh. TAkpa klu lasak, petanda awal nak jdk engineer tu. Hahahaha!

idzwa kamaruddin said...

alahaiii sakit tu..

tiga lalat said...

Salam. Hee saya pun turut simpati juga.

amirah said...

aduhaiii...ngeri tu..kuku dak nuha okey ke?..moga cepat okey ye nuha..

JR said...

Semoga dia cepat sembuh...

JR said...

Semoga dia cepat sembuh...

anajingga said...

salam ukhwah: semoga cepat2 sembuh kaki nuha ye...biasalah anak2 sedang membesar ni macam2 kerenah.. :)

ewanthology said...

fuhhhh..batu bata tuuuu

hainom OKje said...

Biasalah budak kecik ....tak demam melasak lain....nak membesar katanya
Kadang tu kat rumah depan mata kita pun anak anak boleh cederakan Aiza

insan marhaen said...

lame tak dengo perkataan 'dedo'.

tak apa kalau letih menjaga mereka masa kecil. jangan letih menjaga mereka masa remaja nanti...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...