Followers Remaja Purba

Wednesday, September 24, 2014

Pengalaman menaiki BECA ke Kota A Famosa



Dah puas berselfie di kawasan Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka, perjalanan diteruskan.. tak sabar nak melihat secara dekat Bangunan 'Merah' Stadhuys.. kekonon nak menghayati apa yang ada disebalik bangunan tu..

Bila dah sampai kat dataran depan bangunan tu, haruslah berselfie dulu..


bukti aku dah sampai.. yeah..


Bila dah sampai kat dataran depan bangunan ni, aku tetiba jadi blur.. tak tahu nak pergi ke arah mana.. rasa macam pelancong sesat jalan pulak aku rasa..
Belum sempat aku tanya kat hubby nak jalan arah mana dulu, dak Nuha dah merengek-rengek..
Rupanya nakkan bendera Malaysia yang ada kat beca depan kitorang masa tu..
Alih-alih tau apa jadi.. merengek nak naik beca tu.. uwaaaa... ibumu ni tak pernah verangan pun nak naik beca tu Nuha ooii..
Abang beca tu pun pujuk baik punya.. sudahnya hubby bagi lampu hijau kat aku pusing naik beca..



Beca ni lah dak Nuha taknak lepaskan..
Penuh dengan Hello Kitty.. Nasib baik tak dimintaknya anak patung besar depan beca tu..
Dak Adik tak nak naik.. maka aku berdua jelah ditemani abang beca tu..



Dengan lafaz Bismillah..
Perjalanan diteruskan menuju ke Kota A Famosa..
Muzium Islam Melaka..


Muzium Setem Melaka..


Di depan Kota A Famosa..
Memang ramai pengunjung yang datang..


Aku sekadar mengabadikan kenangan di depan Kota tersebut..
Akan datang.. aku berazam akan naik sampai ke atas.. tapi yang pasti takkan datang waktu cuti sekolah.. ramai orang sehh..
Abang beca tu lah yang layan aku bergambar.. dak Nuha pulak memang nak berdukung dan aku sendiri pun taknak lepaskan dia dalam lautan manusia tu.. kang hilang satu hal pulak nak mencarik.. dah arr hubby menunggu kat depan bangunan Stadhuys..


Aku tak ingat nama bangunan yang berhadapan Kota A Famosa..


Dari sudut berbeza pulak..


Bersebelahan Kota A Famosa pulak..



Dalam perjalanan balik.. selfie lagi dan lagi dan lagi..

Senyap terus dak Nuha dapat apa yang diingini..
Dia tak tahu aku punya berdebar-debar macam mana..
Naik je beca ni.. siap pasang lagu.. menarik perhatian oranglah jugak..




Terima kasih pada abang beca berbaju kuning yang bawa dak Nuha ronda kawasan sekitar..
Harga yang dikenakan:
RM20 (bayaran menaiki beca)
RM5 (sesi bergambar kat Kota A Famosa)  ---> Terima kasih abang beca sebab baik hati bagi kitorang bergambar kenangan kat Kota A Famosa tu..




Seterusnya.. misi diteruskan menuju ke Menara Taming Sari..



psstt: Nanti aku sambung lagi..




10 comments:

Aziela said...

Eh..eh...murahnyaaaa. Dolu2 sampai 40.00 tau...

Daddy Ziyyad said...

Bangunan yang opposite Kota A Famosa tu bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan..dulu saya pernah masuk, best..penuh dgn paparan sejarah kemerdekaan kita

mama maman aka yana said...

kita pun lyn beca tuh.. tp belah mlm la.. lg cun nmpk dianya lampu warna warni.. hihi

insan marhaen said...

kalau ikutkan cerita dari kawan-kawan IM yang visit Melaka, IM fikir perlancongan IM 30 tahun dulu lebih indah sebab dapat nikmati kesejukan, kedamaian dan keaslian Melaka yang asal.

asyifa mustaffa said...

Penah naik tangga tu smpi atas...nmpk pemandangan laut...best! Tp tu dlu...time kecik..skolah rendah lagi....la ni...nak naik 10 anak tangga pun lutut dah sakit...cmno..? Skrng x tau la nmpk apa naik atas tu kan...laut pun dah bnyk tambak...tingin gak nak naik...

Dr Singa said...

lain kali masuk Memorial Kemerdekaan dan Replika Istana Melaka tu tau..
best..
dan sejuk

mamabeauty said...

tak pegi pekena asam pedas n coconut shake kah???

Knor said...

lma juga tk berkunjung ke sini... mcm tk larat jer nk memanjat..

UmmuAidan-Arissa said...

beca sket nyer comel mestilah dak nuha teruja nak naik..
lama dulu pergi melaka nie..tapi tgk gambar tuh still sama jgk keadaannya..

Mummydearie said...

Saya pun tak naik atas bila tiba di Kota A Famosa tu. Posing-posing maut kat bawah je. Cuma hubby dan anak sulung je yang bermandi peluh naik ke atas. Huhuhu.

Beca pun tak naik. Gayat rasanya :)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...