Followers Remaja Purba

Tuesday, September 23, 2014

Kompleks Muzium Maritim (Flor De La Mar) di Melaka



Sambungan kisah di SINI..


Tempat dah cukup strategik kami parking..
Kalau ke kanan ---> Bangunan 'Merah' Stadhuys..
Kalau ke kiri ---> Menara Taming Sari..
Kalau ke belakang ---> Kota A Famosa..
Kalau ke depan ---> Muzium Samudera..



Memandangkan masa yang kami peruntukkan tak lama sebab kena balik rumah hari yang sama.. jadi hanya 4 tempat itu je yang sempat kami singgah..
Tapi takdelah menghayati sepenuh nafsu kisah sejarah nan lalu tu.. dak Nuha meragam sokmo..
Lokasi pilihan pertama dak Adik ---> Muzium Samudera..



Kena beli tiket dulu untuk masuk..
Aku pun tak ingat harga asal tapi tak mahal.. 
Dapat masuk ke dalam replika Kapal Flor De La Mar dan Muzium Samudera.

Muzium Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ni aku tak singgah..
Ssekadar lalu tepi bangunan tu je untuk ke Bangunan Stadhuys.. yang ni akan diceritakan next entry..



Puas bergambar luar dan dalam bangunan.. baru aku perasan takde langsung gambar penuh Kapal Flor De La Mar ni..


Aku tak puas menghayati dalaman Kapal ni..
Dak Nuha dah macam anak panda.. takmo berenggang nak berdukung.. huhuhu..


Peti besi yang ada dalam Kapal tersebut..


Bilik Tahanan ni kecik je.. berada di ruang paling bawah dalam kapal ini..


Dak Nuha sebenarnya takut dengan suasana yang suram tu..
Itu yang macam anak panda takmo lepas leher aku.. nak berselfie pun tak puas.. huhuhu..


Serius.. bila tengok balik gambar ni semua.. aku tak puas menjelajah dalam Kapal ni dengan tenang..


Melihat pada kecuraman tangga ni memang taklah aku nak naik kat atas dengan mengendong dak Nuha..


Hanya dak Adik yang berpeluang naik kat atas..


Pemandangan dari atas Kapal Flor De La Mar..



Dalam Muzium Samudera pulak..
pameran alam samudera. lanya meliputi beberapa tema seperti penerokaan samudera, kehidupan di laut dan khazanah dari laut. - See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/muzium-galeri/muzium#sthash.Hv1WGfvP.dpuf
 Pameran Alam Samudera
Antaranya pameran penerokaan samudera, kehidupan di laut dan khazanah dari laut..
pameran alam samudera. lanya meliputi beberapa tema seperti penerokaan samudera, kehidupan di laut dan khazanah dari laut. - See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/muzium-galeri/muzium#sthash.Hv1WGfvP.dpuf


dak Adik..


Dipendekkan cerita.. aku tak puas berjalan dalam Kapal ni gara-gara dak Nuha takutkan suasana kelam tu. eemm.. nak kena pergi lagi lain kalilah nampaknya..

Habis sesi menjelajah dalaman Kapal tersebut, perjalanan kami diteruskan ke arah Bangunan 'merah' Stadhuys..


Bersambung..




psstt: Rindu pada kenangan lalu..



10 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak dah masuk dalam kapal ni Aiza.. memang banyak cerita sejarah didalamnya.. puas lah anak akak explore dalam ni.. :)

Nurzakiah Hanum said...

best kan

Petak Bunga said...

ada pernh lalu.. x terikir pun nak singgah..
lama dah x pergi jalan

idzwa kamaruddin said...

haritu pegi melaka tak sempat nak singgh sini.

Kakzakie said...

Yelah... suram malap suasananya mestilah Nuha takut. Naik taming Sari mesti Nuha senyum suka:)

JR said...

Pergi ke Melaka selama 2 hari baru-baru ini tapi tak sempat ke Flor de La Mar, sebab kesuntukan masa. Lagi pun pernah ke sini 5 tahun dulu...

Aziela said...

Sebenarnya, kalau betul2 nak menghayati isinya dan baca semua keterangan, 2-3 jam juga makan masa dalam ni. Kena bersedia bawa air sebotol, takut pitam sebab tempat tertutup macam tu.

Kopiolimauice said...

muzium samudera tak penah masuk lgi

Khai♥Rin : anies said...

kalu beritahu sy awl2 nk msk muzium ni, boleh dpt free tau...

hainom OKje said...

Kalau nak pergi Melaka sebenarnya boleh jer sebab tiap bulan balik Muar tp selalunya takat gi Mydin jer....Muzium atas kapal tu rasanya tak pernah pergi lagilah

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...