Followers Remaja Purba

Sunday, May 15, 2011

malam minggu

Aku dah siapkan plan nak ke mana sepanjang hari ni memandangkan hubby cuti.. tapi terpaksa cancel sebab hubby sibuk uruskan kereta di bengkel kereta Along.. aku pulak berjaya menternak lemak sepanjang hari.. mana taknya.. hubby masak sedap <--- kari kepala ikan..

Nak on9 pun rasa berat je hati sebab merajuk dengan blogspot satu hal, tak dapat pergi tempat yang dinginkan satu hal.. :(

Akhirnya tadi hubby ajak keluar.. hala tuju K.L je..

Dari rumah ok lagi, masuk je KL aku rasa macam rusa masuk kampung lak.. Nampak sangat aku dah lama tak turun KL.. dah macam-macam ada.. macam-macam rupa yang aku jumpa..

Tapi dalam banyak-banyak yang aku jumpa tadi, paling tak tahan tengok ada 2 orang pengemis kat pintu masuk KFC Raja Laut, K.L.. Niat nak beli KFC aku tetap teruskan walaupun takde parking, hubby just drop by aku kat situ.. Gigil jugak badan aku sebab aku tak biasa berada di tengah-tengah K.L, dah macam kena tinggal lak kat situ..

Namun sebabkan anak-anak aku gagahkan jugak masuk untuk beli.. Masa nak keluar lagi best.. yang lelaki tu dah duduk menghalang sebelah laluan masuk pintu KFC.. alahai bang.. janganlah macam tu.. bukan maksud saya taknak bagi tapi saya ada penyakit hati basah-basah kering..

At the end, aku berjaya membeli KFC dah makan kat Titiwangsa.. wah! Sikit punya dekat tempat nak lepak makan..

On the way balik pulak.. adik tidur.. dan sekarang kakak temankan aku layan bw kat depan rumah.. hubby dan ahli TDBi duduk kat lorong belakang sekali berjaga taman..



psstt: Kalau korang jumpa dengan pengemis/peminta sedekah ni apa yang akan korang buat.. berhati keringkah korang..?

6 comments:

sicomot-comel said...

hm..

rase bsalah plak kn law nmpk pengemis ni??

tp, nak buat camne..
da ramai da pengemis palsu..

salu tpakse buat2 xnmpk je..xpown, hulur la singgit dua..
sbb, tkut jd xikhlas la plak sbb kesian..
huhuhu

Farah Shamsudin said...

ermm.. kekadang rasa kesian pun ada juga..
adela juga bagi kalau ada duit lebih tuu..kalau takde, buat2 tak nampak je la..

aizamia3 said...

SCC:
Kesian memanglah kesian tapi kalau kita hulur tak ikhlas tak guna jugak.. Tapi aku sekarang hati dah jadi basah-basah kering.. Dah susah nak percaya..

Nini Hartini said...

tengok mood time tu. kalau mood baik, rezeki mereka lah. hehe

tini plan mlm ni nak ajak hubby teman beli kasut. sambil tu boleh jalan malam. tp hubby sibuk. huhu..maka, jalan2 kt blog ke blog je lah. hoho

aizamia3 said...

Farah:
kesian memanglah kesian tapi susah nak percaya sekarang ni.. banyak menipu dan amik kesempatan

aizamia3 said...

Nini:
akak pulak baru nak bw la ni...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...