Followers Remaja Purba

Thursday, May 19, 2011

Banjirlah..

Aku tak sempat nak buat entry ni malam tadi sebab mata aku mencemburui jari-jemariku.. akhirnya.. Lena tak sedar..


Ribut takde tapi hujan renyai-renyai kat luar.. Dengan lafaz Bismillah aku cuba try test 'bibik' aku tu.. Sambil tu aku sempat gosok baju ganti.. takkan taknak pakai baju batik.. Aku ni SYMP.. bertindak mengikut arahan..

Sedang leka.. Kakak dengan adik panggil aku..

K&A: Ibu.. cepat ibu.. Banjir ibu..
A: Hah.. Banjir..? mana..?
K&A: Ni ibu.. Dalam bilik air.. Cepatlah ibu..
A: ish.. Ibu ingatkan apa tadi.. Memanglah kan ibu tengah guna mesin basuh tu..
K&A: Cepatlah ibu.. Ni.. Habis kaki kakak dengan adik basah ni..

Aku yang pelik tak tunggu dah, aku ingat dak adik main air.. Dia ni macam itik pantang jumpa air.. Sekali aku tengok habis basah kat depan pintu bilik air sebab aku pasang tak betul paip sambungan ke 'bibik' aku.. Sudahnya banjirlah tapi nasib baik anak-anak perasan, kalau tak ada yang jatuh berdebuk ni kang <--- akulah tu..

Akhirnya siap juga 'bibik' aku kerjakan.. Terima kasihlah kat my jiran belakang rumah yang menyiapkan 'bibik' aku ni.. Kalau tak.. mahu putus urat saraf basuh manual..


Oklah.. Memandangkan entry ni aku siapkan awal pagi.. Siang nanti aku bw kat blog korang ok..


psstt: Fizikal ok.. Mental tak.. gara-gara lif tak ok.. Belum lagi nak exercise aku dah bayangkan penat memanjat tangga.. Aku doakan lif dah oklah hendakNYA <--- takmo cite dah pasal lif..

10 comments:

  1. ni la akibatnya dah lama tak guna "bibik" :-)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. nasib anak tu nampak, kalau tak mau banjir satu rumah..:P

    ReplyDelete
  3. Faris: itulah.. badan dah manja..

    ReplyDelete
  4. Farah:
    betul tu.. memula akak tak layan gak tapi bila dak adik beria2 depan pintu bilik air tu terus terpa.. sekali tengok.. betullah kata dorang.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  5. hahaha..nasib baik umah x banjir...umah akak penah skali ms tuu..balik dr kenduri umah kakak akak...tgk kpala paip toilet dah tanggal. habih semua karpet n brg2 kat bwh..tensen tul...

    ReplyDelete
  6. fuh.. tu lagi penat nak mengemasnya.. nasib baiklah saya tak suka letak carpet kat rumah.. ada tak ada pun alas kaki je.. ;)

    ReplyDelete
  7. saya tau, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kan? tp mgkn ini boleh bagi semangat! tgkt 10 mmg le tgi kan tp bygkan selama lif tu rosak, tiba2 timbang ley turun smpi 2-3kg? saya pun nak!

    ReplyDelete
  8. Mommy Fara:
    i wish.. hehehe.. kat office semua nak dingap mana nak kurusnye..

    ReplyDelete
  9. nasib baik x banjir betul kan.. kalau x, xtau r.. jenuh2.. huu

    ReplyDelete
  10. kay_are:
    kalau banjir habislah.. jenuh gak..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...