Followers Remaja Purba

Monday, May 23, 2011

Kucing nenek

Kat rumah nenek a.k.a pengasuh anak-anak aku ni ada 3 ekor anak kucing.. sejak kucing tu kecik lagi nenek dah bela dah..

Chitam, Putih dan Belang <--- nama panggilan untuk ketiga-tiga ekor kucing tu.. Kucing pun macam manusia juga, ada pelbagai sikap dan ragam.. si Chitam masa kecik selalu sakit dan perhatian memang lebih kat dia ni.. manja teramat.. si Putih pulak paling nakal.. agresif tapi tak garang.. Manakala si Belang dulu biasa je tapi pernah sekali dia keluar rumah (kucing-kucing ni tak pernah keluar rumah), nasib baik dia balik lepas penat mencari.

Nak jadikan cerita, kebelakangan ni si belang ni agak 'gatal-gatal' manja dengan aku.. Mengiau mintak dibelai.. Tiap kali hantar dan ambil anak kat rumah nenek mesti dia nak dibelai..

si Belang ni tak gesel-gesel kat kaki tapi tapi mengiau mintak kita duduk sebab dia nak duduk atas pangkuan kita.. Gatal.. aku selalu cakap macam tu kat si Belang.. penah sekali aku tak nak duduk dia lompat panjat badan aku, nasib baik tak bercalar dibuatnya.. Selagi aku tak duduk tak belai dia selagi tulah dia akan mengiau.. meow.. meow..

Kalau aku dah geram rimas sangat, aku bagi kat nenek mintak nenek pegang.. Kalau si adik faham jugak dia kalau kita kata 'ibu penat... bagi ibu duduk dulu..' ni meow.. apalah yang kucing tu faham..

Ni, balik kerja ni kena layan macam biasalah si Belang tu.. Nasib baik kucing tak boleh cakap kan.. Agaknya apalah dia si Belang tu mengiau kan agaknya ek..?

3 comments:

  1. Rahmad:
    itulah.. dulu tak pulak macam ni.. la ni asal nampak muka aku je meow.. meow..

    ReplyDelete
  2. belang yg gatai hehehe ;)
    tapi nama chitam tu best..comel je..

    ReplyDelete
  3. Pinky Momma:
    antara ketiga-tiga ekor meow tu, chitam paling balik..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...