Followers Remaja Purba

Thursday, May 19, 2011

Kerana RM5..

Lepas ambil anak-anak, tak tunggu dah terus gerak balik.. Disebabkan awal sampai aku singgah kat kedai ANK beli susu adik..

Biasa kalau lepas buat pembayaran mesti kira ala kadar baki duit.. Kalau berkeping-keping takdenya aku nak belek satu-persatu.. Nak pulak aku dah penat, subjek dalam kepala aku nak cepat sampai rumah je..

Aku perasan aku dapat duit RM5 yang koyak pun k.Hema jiran depan rumah bagitau.. Itupun aku nak bayar duit kutipan bacaan Yassin malam Sabtu ni nanti.. Kalau koyak bertampal aku boleh terima lagi. Part yang koyak tu takde langsung.. Geramnya aku.. Kenapalah aku tak check betul-betul tadi..

Bayangkan duit RM5 design baru yang mudah koyak tu aku dapat.. Dahlah penat dapat pulak duit yang koyak.. Kalau RM1 aku takdelah ralat sangat.. Ni lima hengget.. Aku rasa nak bagi duit tu sebagai hadiah pada pereka duit tu, ikat dengan reben lawa-lawa, sembur sekali dengan perfume..


Moral of the story.. Check one by one duit tu depan cashier, kita ada hak sebab itu duit kita.. Aku pastikan aku akan buat selepas ni tapi berapa lama aku boleh amalkan pun aku tak tahu <--- mudah lupa..


psstt: Apa aku nak buat dengan duit ni ye.. Nak gunakan pun takde sape yang nak terima..

9 comments:

  1. wat simpanan sendiri je r akak.. xpe2.. lain kali kne pastikan cek betul2 r ye..

    ReplyDelete
  2. tengah fikir nak guna apa dengan duit tu <--- mula nak buat jahat...

    ReplyDelete
  3. saya selalu bayar ngam2~haha~~

    ReplyDelete
  4. tuela.. lain kali kena cek dulu..kalau farah memang cek kat dpn cashier tuu..hehehe..

    ReplyDelete
  5. pegi derma kat masjid je RM5 tu..tak pun derma kat aku

    ReplyDelete
  6. bujal X:
    nak bayar ngam2 pun takde duit kecik masa tu.. Alahai.. Nak jadikan sebab..


    Farah Shamsudin:
    memang tak sangka.. Adeehh..

    ReplyDelete
  7. Faris:
    ye.. Idea yang bernas tapi macam tak baik je buat macam tu kan..

    ReplyDelete
  8. rutin sy, bile dah dpt baki duit...masuk kete then periksa. ckp tak ckp...heheheheh. klu nak pth blk pun, tak jauh g...=)

    ReplyDelete
  9. Mommy Fara:
    Itulah.. Boleh tak check pulak gara-gara nak cepat..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...