Dengan penuh tak sabarnya aku tunggu dan menunggu.. Fenomena yang agak luarbiasa telah dialami oleh blogger akibat maintenance yang dijalankan sejak petang kelmarin lagi..
Disebabkan blogspot ambil emergency leave makan ramailah yang lepak kat mukabuku dok update status yang kalau sebelum ni hanya jeling-jeling pandang-pandang <--- akulah tu.. Tiba-tiba menjadi rajin teramat dan macam-macam status yang keluar.. Sekurang-kurangnya aku takdelah gila stress macam kucing hilang anak bila tiba-tiba blogspot amik EL..
Confirm ramai yang mengeluh bila tengok entry yang telah dikomen hilang begitu saja.. Lagi mengeluh alahaii bila tengok hanya entry semata-mata tiada lagi komen asal..
Bila bercerita pasal ni, rutin harian pun turut berubah, kalau sebelum ni tak boleh nak berpisah dengan abang blogspot ni, tapi tengahari semalam sempat aku membeli dan belah kat Nobita a.k.a Giant dan menternak lemak kat KFC.. Masuk balik office sempat landing sekejap.. <--- rajinkan aku..
Balik kerja semalam tak sabar nak tunggu abang blogspot ni kembali pulih.. Dengan coolnya aku menyerahkan diri atas katil nak berehat sebentar bersama kit kat.. Bukan kit kat tapi lappy disebelah.. Dengan penuh terujanya bersedia nak on9 tapi kisah ini terpaksa ditamatkan kerana aku terus tidur dengan lenanya.. Anti klimaks betullah..
Moral of the story:
Masih banyak lagi aktiviti selain dari mengadap abang blogspot ni.. Sebenarnya tau tapi sebab dah intim sangat hubungan ni sampai sanggup layan tak hengat nak buat aktiviti lain..
psstt: Siang nanti aku nak blogwalking sementara hubby siang ikan.. Sekarang aku nak off kejap..
blogspot bagi public holiday kat kita semua :)
ReplyDeleteapa pun tak boleh..
ReplyDeletemoral of the story..guna la domain dan hosting sendiri mcm aku ni.. :-)
ReplyDeleteFaris:
ReplyDeletetakde org nak sponsor aku.. ;)