Followers Remaja Purba

Friday, May 27, 2011

Cuti Pertengahan Tahun

Aku tahu mesti ramai yang suka bila tibanya musim cuti persekolahan.. Selain dapat mengurangkan kesesakan, tentu ada antara kita dah merancang nak bercuti.. Percutian bersama keluarga.. paling tidak pun mesti nak balik kampung <-- pada yang masih ada kampunglah..

Aku..?
Walaupun dah start cuti sekolah tapi aku tetap kerja seperti biasa cuma rutin harian agak rileks sikit.. takdelah aku terkejar-kejar nak hantar kakak ke sekolah, adik ke rumah nenek.. Cuma kena lebih beri perhatian pada kakak.. cuti tak bermakna buku pun cuti..

Plan nak ke mana..?
InsyaAllah kalau takde aral melintang, cuti sekolah nanti sampailah aku ke Pantai Timur <--- percutian yang telah dirancang oleh hubby.. tak sabar rasanya..

Tapi yang nyata.. Cuti sekolah antara masa yang tenang bagi aku.. Mana taknya.. Pagi-pagi takdelah suaraku yag serak-serak kering kejutkan kakak suruh mandi.. Rutin akan berubah 360 darjah..


psstt: Korang pergi mana cuti sekolah ni..? Mana tau kot-kot kita menghala ke tempat yang sama..

6 comments:

Faris Adli said...

bestnya sampai ke pantai timur..time aku cuti sekolah dulu..duduk rumah je..parent sibuk keje

aizamia3 said...

samalah dengan aku Faris..
Dulu time cuti sekolah aku balik kampung je, takde istilah pergi bercuti.. Pengalaman naik bas ekspress yang anak-anak aku tak merasainya..

MISS QASEH SAIFUDIN said...

cuti skola p family day...parents semua amek cuti..hihi..=)

aizamia3 said...

bila lagi nak bermesra dengan anak-anak.. Time cuti panjang macam nilah masanya..

risa said...

betul betul!! takyah bangun dan kuar subuh2 kan sayam kannnn

aizamia3 said...

risa:
sungguh.. dapat rileks lebih... ;)

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...