Normallah bagi perempuan nak guna handbag.. pelbagai rupa, jenama, kecik, besar, pilih ye yang mana suka yang mana berkenan. Namun demikian masih ada yang mengabaikan kepentingan handbag ketika memandu..
Pagi tadi, on the way nak pergi kerja, pukul 6.30 pagi kan masih gelap lagi.. Aku perasan satu pasangan ni naik motor, pasangannya hanya menyangkut handbag di bahu kanan di mana sekiranya ada yang berniat jahat ingin mengambil kesempatan tak mustahil dengan mudah handbag dia dapat diragut.. malah silap-silap dia dan pasangan jatuh dari motorsikal yang ditunggang.. nasib tak baik kena gilis.. oh! Jauhkanlah hendakNYA..
Mungkin bagi dia.. 'alah.. bukan ada duit pun dalam handbag aku..'
Please.. tolong.. Jangan berfikiran macam tu, kalau orang nak buat jahat, tak fikir apa dah, yang penting dia dapat.. Cuba bayangkan, kalau takde duit sekalipun tapi dokumen-dokumen lain dalam handbag tu pun penting jugak kan.. ambil masa nak ke sana nak ke sini dapatkan balik dokumen yang dah hilang.. Mesti ralat kalau jadi macam tu kan..
Dah banyak kali aku jumpa orang macam ni, ambil mudah dalam aspek keselamatan.. Pada dia mungkin dah cukup selamat tapi kita tak tahu keadaan sekeliling kita macam mana.. Bukan tak pernah ada kes-kes ragut macam tu.. dalam media massa, media cetak dah banyak dipaparkan tapi kesedaran tu hanya sekejap.. Bila musim meragut dah senyap dan hilang, aspek keselamatan tu pun turut diabaikan..
psstt: Aku rasa macam nak bukak tingkap, jerit kat akak tu jangan sangkut kat bahu handbag tu.. ke nak aku buat demo kat akak tu baru timbulnya kesedaran..? Dorang sikitpun tak risau tapi aku pulak yang terover..
Haaaaa akak!!! same lah kite. mmg rasa mcm nkjerit je kan? suruh dia nyorokkan beg betul2. nini selalu pesan kat mak, suruh jgn sangkut beg kt bahu klu mak naik motor. mmg risau.
ReplyDeletebukan mslh duit sgt, tp klu dh kena tarik then jatuh..eeeee tu yg dirisaukan. ni lah salah sorg yang xde sensitiviti kot? hehehe...
pernah jugak nmpk pembonceng moto pegang handbag cam ni. pepagi buta lak tu..
ReplyDeletesaja la tuhh..kot nak tayang henbeg dia yg mahai...hahahaha...
ReplyDeleteNini:
ReplyDeletebetul tu nini, waima kalau jalan lenggang-lenggok kat tepi jalan sekalipun akak akan pastikan kawan sebelah akak pegang dompet @ beg dengan kemas bukan sambil lewa..
kinna:
ReplyDeletejangan dah kena baru nak beringat tak guna dah.. kalau tak patah riuk takpe lagi.. kalau dah patah riuk..?
Eza:
ReplyDeletehehehe.. agaknyalah.. kalau naik kete orang tak nampak..
bila ada kes ragut, salahkan peragut tapi salah sendiri tak nampak..tak jaga molek2 dan pegang molek beg tangan tu...pastu kena ragut, sanggup pertahankan begtangan sampai nyawa pun melayang..
ReplyDeletebagi aku dua-dua salah.. kita membuka peluang dan peragut dapat peluang.. peragut memang tunggu masa dan peluang serta ruang.. dapat terus.. ngapp.. ha.. masa tu baru nak putih mata tak guna dah..
ReplyDeletesaya lepas pernah kena ragut, saya jadi lebih berhati2..mmg kalau dah nama peragut tu, asalkan ada peluang walaupun sesaat, ada jer nak buat dajal.. geram tau...
ReplyDeletebetul.. kekadang kita dah rasa kita berhati-hati tapi dorang lagi cekap..
ReplyDelete