Followers Remaja Purba

Thursday, February 18, 2016

Program Kepimpinan di Kem Bina Negara Meru Selangor (BKM IM4U MERU)


Seharian..
Hari ni berlangsungnya Program Kepimpinan 'Anda Pemimpin Hebat' untuk Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas Sekolah yang dianjurkan oleh Unit HEM SKBK dengan kerjasama Biro Tatanegara dibuat di Kem Bina Negara Meru Selangor (BKM IM4U MERU).

Program bermula seawal 7:30 pagi di mana pendaftaran dan sarapan ringkas buat peserta..
Aku pulak yang teruja lebih, macam aku pulak peserta program.. dak Kakak rileks je..
Urusan penghantaran dak Kakak berjalan dengan baik pagi tadi selepas menguruskan dak Adik ke sekolah..
Moga dengan program tersebut sedikit-sebanyak dapat membantu beliau dalam rutin di sekolah..




Dulu..
Lama dulu, laluan utama ke Kem Bina Negara ni adalah laluan yang hampir setiap hari aku lalui..
Jalan yang berbukit macam roller coaster..
Pemandangan yang cantik berkabus waktu pagi sepanjang Bukit Cherakah itu..
Paling aku dan anak-anak suka..
Tekan minyak waktu naik bukit dan meluncur laju turun..
Feeling macam naik roller coaster..
Fuh... best... kecut perut.. hahaha..
Petang nanti kalau ingat aku ambil gambar keadaan jalan tu..


StatusHati: Kenangan mencuit perasaan..


11 comments:

paridah said...

SERONOKNYA DPT BERKURSUS MENAMBAH ILMU WALAU MSH MUDA LAGI...

idzwa kamaruddin said...

best nyer kak!

Norhayati Mohd Isa said...

Jgn lupa up entri ptg nanti utk gambar berbukit tu ye aiza ;)

Bagus budak skrg..
Sekolah lagi dah ada kem kepimpinan..
KIPIDAP dak kakak ;)

Nurzakiah Hanum said...

bagus nie

norhidana miswan said...

ni kem yg sebelum ni dulu2 org bt program BTN ke kak?

Kakzakie Purvit said...

Sekolah sekarang bukan aje padat dgn belajar tapi macam-macam kem ada
Kadang tengok anak-anak letih tapi tak ikut anak kita tertinggal pulak..

Malinda said...

biase la tu dik kite sebagai mak2 ni tumpang teruja...kekadang mak2 yg lebih cam kau dan dak akak tu...kikiki...moga dak kakak dapat menfaat dari kem kepimpinan tu

Aku Penghibur said...

bagus aktiviti cam gini..support !!

Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

Aiezza Sue said...

dulu BTN kat situ la, tup-tup sekarang berumahtangga dekat-dekat situ juga, tapi lom bkesempatan meronda bukit roller coaster tu, cepatlah buh gambar.. :)

Mummydearie said...

Kiranya mengimbau kenangan silamlah tu. Anak-anak saya kalau Daddynya bawa kereta kat tempat macam ni, bukan main suka lagi. Bertepuk happy dua beradik sambil ketawa berdekah-dekah. Apa yang gelihati pun saya tak tahulah!

Kira Sakura said...

mesti dak kakak seronok dekat sana

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...