Followers Remaja Purba

Friday, February 12, 2016

Happy Engagement to Adik Bongsu Hubby


7 Februari 2016 - Ahad..

Alhamdulillah..
Selesai Majlis Pertunangan adik ipar bongsu tengahari Ahad lepas..
Tahniah buat beliau dan pasangan..
Selesai satu fasa.. tunggu satu lagi fasa..


Sebahagian dari gambar majlis tersebut..
Hantaran untuk pihak lelaki..
Dari pihak lelaki aku boleh lupa nak amik gambar..

Deco yang simple but nice..

Bersama Dayang Senandung..


With dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha..
Chef hubby ada function for CNY on that day..


Bersama adik-beradik dan kakak ipar..


Selamat sudah menjadi tunangan orang..


Masih ada yang tiada dalam gambar..


Mesej dari adik ipar buat semua..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, kita semua berjaya mengadakan sebuah majlis seperti yang adik inginkan.

Terima kasih buat abang, kakak, kakak ipar, abang ipar, anak buah dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis ini.

Buat abang abang kandung yg bertungkus lumus sewaktu majlis berjalan, terima kasih. Sangat sangat terima kasih.

Buat kakak kandung yang ada dari awal hingga akhir, yang bersama sama dari awal hingga akhir, terima kasih daun keladi, hihi.

Buat kakak ipar yang mempunyai kuasa superpower, hahaha, terima kasih. Korang korang yang menjadikan majlis ni orang makan dengan kenyang. Hihi.

Buat abang lie,
Terima kasih pinjamkan isteri yang sangat ringan tulang dan ada kuasa supersayya dalam majlis ni. Terima kasih kerana menjadi jurucakap semasa pihak laki datang sini seperti yang adik harapkan selama ni. Terima kasih.

Buat abang lan,
Terima kasih pinjamkan anak isteri yang ada kuasa superwomen pada majlis yang berlangsung. Pinjamkan harta pusaka dari meru ke sini, bagi bantuan secara langsung ataupun tidak, terima kasih.

Buat kak ecah,
Terima kasih sama sama ada masa awal hingga akhir, jadi penasihat, jadi pemberi idea masa kecederaan, jadi runner, dan jugak tolong kemas masa habis. Haha. Memang itu ditunggu kan. Hihi. Terima kasih.

Buat abang fendi.
Terima kasih pinjamkan isteri yang punyai kuasa superpower yang hebat dalam menyumbang tenaga untuk majlis ni, jadi tukang cuci pinggan, cawan, tukang sapu sampah. Hihi. Terima kasih.

Yang terakhir,
Terima kasih kepada semua sekali lagi dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih sponsor hantaran, terima kasih jadi tukang buat air, terima kasih jadi tukang masak untuk lepas majlis, terima kasih dari awal hingga akhir, terima kasih yang taktau nak di ungkap macamana lagi.

Minta maaf, andaikata terkasar bahasa, terkhilaf dimana mana, terlupa jasa semua, terkurang sini sana, minta maaf. Ketahuilah, adk banyak makan semut. Hahaha.

Akhir kata, terima kasih untuk semua dalam menyumbang tenaga dan idea secara langsung ataupun tidak demi meraikan majlis yang diraikan dengan penuh kasih sayang. Hihi.

Jutaan Terima Kasih buat semua.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️



StatusHati: Kerana kau, aku masih di sini..



5 comments:

  1. waahhh...meriahnyee..terliur tgk hantaran tu..huhu

    ReplyDelete
  2. tahniah buat aiza & famili:)comei2 cantik2 semuanya:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tunggu step seterusnya...

    ReplyDelete
  4. Lepas ni lagi meriah majlis. Takpa, takpa, ada backup superpower semua pun boleh dibuat dengan baik ^_^

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...