Followers Remaja Purba

Sunday, February 14, 2016

Apa jaminan buat kita..?


Setiap malam ketika kita hendak tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set alarm jam untuk kejutkan kita bangun pada esok hari..
Itulah yang dinamakan HARAPAN..


Alhamdulillah..
Masih punya kesempatan untuk menghirup udara dan bernafas di sini..
Tiada nikmat yang boleh didustakan..
Syukur dengan limpah kurnia dariNYA..
Kita takkan tahu bila kita akan kembali kepadaNYA..

Nikmat yang DIA beri untuk memudahkan kehidupan kita..
Bila nikmat itu tiada baru kita terasa..
'Kita ni dah dicabut nyawa baru nak merasa sesalnya..'
Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya..
Kalau hari ni kita lebih baik dari semalam, kita adalah orang yang beruntung..
DIA bagi kita yang terbaik setiap hari..
DIA bagi kita nikmat dalam pelbagai bentuk..
'Kita akan menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh, baru DIA upgrade kita ke arah yang lebih baik..
Buat apa yang disuruh.. tinggalkan apa yang dilarang..


StatusHati: Betulkan yang biasa.. Biasakan yang betul..



7 comments:

  1. bw sini..
    yupp tiada jaminan apa-apa.. tu yg sblum tdo, tenung muka anak dalam2,.. cium2.. rindu kalau tertidur x cium anak.. alhamdulillah masih diberi kesempatan utk menghirup udara di bumi Allah ini, dan semoga dapat melihat anak2 membesar dan berjaya dalam kehidupan mereka..amin

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak memberi apa yang kita minta..tetapi memberi apa yang kita perlukan. Moga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah swt. Nice sharing! ingat mengingati..kadang-kadang hati ini lalai dengan nikmat dunia..

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar.. hidup ini penuh dengan rahsia..

    ReplyDelete
  4. Pagi ini sejuk...
    Bahang smlm larut ke sungai agaknya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, masih lg bernafas sis d hari ini.. apa pun yg berlaku smoga Allah sentiasa merahmati akak dan sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. syukur dengan segala nikmat dan rahmat...mati itu pasti cuma kite tak tau bile je time kite akan tiba...takut sungguh...moga Allah panjangkan umur kite2 semua dan di beri penghujung yg baik2 jugak...inshaa Allah

    ReplyDelete
  7. Betul tu, takda jaminan apa-apa pun. Tapi kita kena sentiasa berfikiran positif dan menjadi lebih baik dari semalam. Hidup kena diteruskan walau payah macamana sekali. Amalan kena dipertingkatkan kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...