Followers Remaja Purba

Wednesday, December 9, 2015

Kalaulah boleh diseranah dengan CAPSLOCK..!!


Kebelakangan ni mood memandu seringkali terasa dicabar..
Bila kita cuba bersabar, ada pulak cuba gagalkannya..


Typical Malaysian ketika berada di atas jalanraya..
Aku tak kata aku sempurna ketika memandu, ada jugak helah dan tricknya tapi bukan aku sorang yang berhadapan situasi macam ni kan.. 

Memandu perlahan dilorong paling kanan dan tengah.
Dah bagi high beam pun masih tak nak beri laluan, jangan kata high beam, dah bagi hon pun macam 'Eh!Dia ni pekak ke hape..?'

Keluar simpang ikut suka.
Kalau tak perasan atau tak sempat elak, bukan ke boleh menyebabkan kemalangan? Mind set orang macam ni, janji aku lepas..

Posisi di bulatan.
Nak pergi arah pukul tiga tapi kau berada di laluan yang salah. Perkara paling asas kalau kau tak tahu, baik jangan memandu. Gara-gara sikap kau macam tu, boleh menyebabkan kemalangan dan akibatnya hazabedahlah sesaknya nanti.

Beri laluan.
Dahlah kau main redah masuk lane aku. Jarak antara kenderaan pulak rapak. At least angkatlah tangan, sejuk sikit hati. Ini kau buat hati kering pulak!

Lampu tinggi/high beam.
Tolonglah alert bila kereta dari belakang bagi lampu. Dah tentu kereta belakang kau lagi laju dari kau. So.. tolonglah beri laluan. Dah bagi lampu bersekali dengan hon pun masih buat dunno memang mengundang kemarahan.


Kalaulah boleh diseranah dengan CAPSLOCK..!!


Memotong barisan.
Kebiasaan dekat tol ni, lorong paling kanan is my favourite lane.
Bagi aku senang, takde siapa akan potong Queue tapi kita cuma merancang; dari perjalanan tu elok smooth je, tiba-tiba keretaku dihimpit selamba.
Muka tak bersalah walau 1 milimeter. Lampu signal tak diberi, nak angkat tangan jauh sekali.. 'Eh!Kau yang potong Q, aku pulak kena mengalah.. apa kes..?!
Tak guna kalau ada kereta mahal tapi tak reti nak buat perkara paling basic 'angkat tangan dan senyum'.. Bukan aku hadap sangat senyuman kau tu tapi belajar jangan bagi orang lain marah.
Kalau ada loud healer, I say ai lap u to mamat BMW depan ni..!


StatusHati: Dunia kita ni bulat.. ada masa kita dekat atas dan ada masa kita dekat bawah..


10 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Yang potong barisan tu yg tak sabar kan Aiza...
Akak punya cantik berbaris smlm.. tiba2 elok jer potong dari kiri.. sakit hati..

idzwa kamaruddin said...

huhuhuu...

Mummydearie said...

Memang sakit jiwa raga kalau memandu di jalanraya ni, Aiza. I pun baru-baru ni kena, 2 kali pulak tu pada hari berlainan tetapi berturut-turut. Elok lampu hijau I jalanlah tetiba kereta dari arah bertentangan entah keluar dari mana terus aje jalan. I hon punyalah kuat, dia buat muka selamba tak bersalah aje. Cubalag kalau I tak alert, dah tentu terlanggar sebab I nak membelok ke kanan dan dia laju aje datang dari depan!

Esoknya kes yang sama berlaku. I cam sebab I ingat warna kereta, jenis dan paling penting plate numbernya!

Rizziela said...

Memang sakit hati.. paling sakit hati memandu dengan sibut alalal tu... di lorong kanan.. ko dah kenapa??? orang yg laju ni ikut laluan mana? laluan bertentangan?

Zaza Abdul Latif said...

MEMANGGGGG... RASA NAK TIKAM JE ORANG YANG SUKA BUAT DERK BILA DIA DAH PANCUNG JALAN KITA.. LAGI2 KLAU DIA TENGOK KITA NI POMPUAN.. LAGI DIA BULLY.. GGGRRRRR
ha.. kan dah terCAPSLOCK! :)

Naz said...

DUGAAN..hehe

Lea Ismail said...

Memandu ni memang kena byk sabar walaupun dalam hati ni dah sebut mcm2 dah.kadang2 kita dah berhati2 orang lain yang buat pasal selalunya. kalau dia sorang2 takpe ni libatkan kita sekali tu

eima said...

byk kali dah ...mmg aku buat bodo je...sambil tekan minyak tak bg die selit ....sbb tu bw keta jgn berkhayal..setgh org ni suka berkhayal ...main hp ... lampu dh hijau pun tak jalan2.....

aRz MoHa said...

adakalanya kereta mewah tapi tak tahu peraturan jalan...

adakala kereta berkuasa tinggi tapi memandu di lorong kanan bagai kereta lagi sebulan nak hancur

Kira Sakura said...

kadangggg kadang memang rasa nak maki atas jalan je. atas jalan je yang banyak sangat dosa rasanya2. tapi ada jugak kak kadang keta belakang time kita tengah memotong lori dekat hway. takde tempat nak mencelah masuk belah kiri tu pun dia bagi high beam. macam tak nampak pulak sebelah tu lori. tak kan nak masuk bawah lori. emo pulak kita huuu

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...