Followers Remaja Purba

Monday, December 28, 2015

Ibu halau ke..?


Bangun pagi..
Soalan pertama yang keluar dari mulut dak Nuha..

'Eh!Cockroach mana..?'
'Dah balik..'
'Ibu halau ke..?'
'Takdelah.. bapak dia panggil balik.'
'Ooo..'

Gara-gara dia nampak lipas terbang malam tadi..
Lipas tu elok pulak dok dendiam dekat langsir rumah.
Lepas tu tanya aku mana cockroach tu pergi.. huhuhu..

Dak Kakak pulak, celik mata tanya babah mana..
Haila anak.. babah jugak dicarinya..
Dak Adik, terkebil-kebil lagi atas katil.. takmo bangun..

Hari ni.. aku cuti.
Cuba untuk rehatkan diri..
Menenangkan diri menahan rasa sakit pinggang..
Apa-apapun moga rutin harian kita semua dipermudahkanNYA..


StatusHati: Kau rasa..?


13 comments:

Amanda Suria said...

i rasa elok you ikut i pi Lombok....eh...hehehehe...amboi budak2 tu...bukan main lagi..

tiga lalat said...

wahh bestnyer mak dpt cuti panjang lagi tuuh ;p

idzwa kamaruddin said...

selamat berehat!

paridah said...

ANAK2 KITA AKAN BERTANYAKAN SESUATU YG MENGUJAKAN FIKIRAN MRK KAN...

Kakzakie Purvit said...

Tak takut pulak Nuha tu dgn lipas.
Bestlah cuti sambung lagi ye.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Habiskan cuti tahunan yang ada memang seronok.

Jobdirumah Buat Duit said...

Selamat bercuti akak. Seronok cuti sambung.

saniah ibrahim said...

Dak Nuha tak takut ke...boleh tanya lagi ya.
Anak2 ni kalau boleh celik mata nak semua orang yg disayang ada.Layan aje lah...nanti mereka dah besar kita akan ingat kenangan ini.

Yana Libra said...

macam-macam ye anak2 :)

Rizziela said...

dah tido pun masih ingat cerita malam yer

BTS said...

family ( dan lipas) mewarnai kehidupan...

Dr Singa said...

kokroj balik kampung

Mummydearie said...

Ragam anak-anak. Kalau bercuti dan duduk rumah tu, memang takdalah istilah nak berehatnya, Aiza.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...