Followers Remaja Purba

Tuesday, December 29, 2015

Baby montel akan disukai ramai tetapi ibu montel..?


Baby montel akan disukai ramai tetapi ibu montel..?
Untuk nampak cantik dan mantap di mata suami bukan sedikit usaha dilakukan..
Sedar tu dah lama tapi baru kini nak mulakan..

Selain pakaian, isteri juga perlu menjaga makanan.
Jangan makan ikut nafsu tetapi makanlah dengan berhemah.
Jika makan ikut selera, tubuh tidak akan terjaga.
Terlalu banyak makan boleh menyebabkan tubuh merendang.
#Buku Motivasi.


Aku perlukan lakukan sesuatu.. takkan sekadar berharap tapi tiada usaha..
Takkan sekadar teringin tapi 'nantilah..' 'esoklah..'
Paling menarik hingga terlintas di hati..
'Tunggu waktu berpantang nantilah..'
Tapi lepas pantang menggebu balik lemak di badan..

Cemburu tengok body kawan-kawan yang kurus..
Akhirnya.. aku nekad..
Perlahan-lahan aku mulakan dengan berjogging.. kisah di SINI..

Kemudian aku cabar diri aku sendiri.. nak slim takmo gemuk..
Dalam masa yang sama berkawan pulak dengan group 'geng mental'..
Atas semangat dan sokongan mereka.. Alhamdulillah.. aku berjaya..
Satu kejayaan yang bukan sedikit dan aku bangga dengan usaha tersebut.

Bermula dengan usaha di SINI..
Namun usaha itu terhenti seketika gara-gara dak Adik dimasukkan ke hospital..
Tapi bila tengok permulaan hasil agak membanggakan.. kenapa tidak aku teruskan. Body Mas Index (BMI) dan perkataan Overweight pulak buat aku ngeri. Berjuang dan terus berjuang hingga berjaya turunkan sebanyak 15.1 kg.. di SINI..

Kini..
Aku berjaya menempatkan diri bersama mereka dalam kategori BMI yang normal..
Please.. tolong pergi jauh-jauh ye Encik Overweight.. tolong jangan kembali..!



StatusHati: Nak maintain tu yang susah..



13 comments:

lieyalatif said...

mcm lieya...takut gemok...bukannye ape syg baju2 yg ade...lieya dulu penah buat atkins...puase....lama2 skrang dah jadi habit, makan pun sikit ...karbo pun amik dlm berpada....bagus sebab dah ajar perut makan sikit so kite pun dah biase dgn cara pemakanan gitu....bukan senang woo nak menten berat 51kg..tapi dah tua2 ni malas nak diet beriya sgt....so puase jek laaa bagi menten....

Nurzakiah Hanum said...

hehe anum ok je

Yana Libra said...

wahh..banyak turun tu... :)

JR said...

Saya pernah berjaya turunkan berat badan sebanyak 15 kg dlm tempoh 3 bulan cuma dgn bersenam. Sejak kejayaan itu saya sentiasa bersenam hingga sekarang. Cuma bila badan dah sampai ke satu point tertentu berat badan mula stabil tak naik dan turun mendadak, mungkin faktor umur juga menentukan tahap metabolisme kita..

Falsya said...

akakkk..nie yg jeles nieeee...falsya pulak yg makin dipampam..nak kurus jugakkkkk..

Rizziela said...

ibu montel pun disukai ramai :D

Mohd Khalil said...

untuk makluman, blog kadi kluang (www.kadikluang.blogspot.com telah ditukar kepada www.ustazkhalil.blogspot.my). Terimakasih kerana telah mengiklankan blog saya selama ini.

Kakcik Nur said...

Mak masih dalam kategori obes tapi dah malas nak pikio bak kata orang Perak... :)

aizamia3 said...

Mohd Khalil:
Laju2 saya terus tukar link blog Ustaz yang baru dalam bloglist saya.. :)

idzwa kamaruddin said...

saya dah gmeuk..huawarghh..

ztie said...

saya pun susah nak turun weight sis. haish.. dulu pernah start running. tp dah bila pindah tempat baru ni. ada kekangan masa sikit.

Diana Rashid said...

semangat je yang ada..udaha ke laut..hahahha..
tu akak la..godaan banyak sangta..heheh

sempena tahun baru ni meh la join Giveaway kat blog saya.hadiah best .ni senarai hadiah..

*Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama
*Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua
*Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga
*Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)
sila join cepat ye..

http://www.dianarashid.com/2015/12/giveaway-baby-store-bersama-dianarashid.html

Mummydearie said...

Masa mula-mula tu yang penting, nak kuatkan semangat terus berjuang. Kalau awal-awal dah kecundang, lagilah sadis. Macam tulah saya. Selalu aje teringin, esoklah, bulan depanlah, akhir terperap ajelah keinginan itu. Kalau nak, kena gagahkan juga diri mengharungi cabaran! Cakap ajelah boleh. Keh3x.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...