Followers Remaja Purba

Sunday, December 6, 2015

Jom tengok panda


Apa khabar panda sefamily yang menumpang kasih dekat Zoo Negara tu ye..?
Aku pulak terasa dengki..
Hidup senang-lenang tak payah fikir apa-apa..
Tayang body jual muka..
Nasib baiklah aku tak canang dekat anak-anak..
'Jom tengok panda..'
Kalau tak.. rabak duit belanja..


Tak rasa terbazir ke duit menanggung hidup si panda tu..?
Dah jadi macam pepatah:
Kera dihutan disusukan, anak di rumah kelaparan..

Tapi bak kata seorang kawan ni..
Panda dekat zoo dibagi makan, rakyat sendiri kelaparan..


StatusHati: Kita pergi Zoo lain jelah ye anak-anak..


8 comments:

Nurhuda Ismail said...

#deep

tiga lalat said...

rasanye ada peraduan namakan baby panda., hehe2

norhidana miswan said...

status dr kwn tu dr dana ke hehehe...

itulah kak udahla mahal tiket nk msk zoo tuh nk tgk dia lg mahai... takpelah nengok gambo je udah... apa nk heran panda je pun... kot2 resaksa ok jgk

Yana Libra said...

setuju sangat dengan entri ni...huhu :(

JR said...

Bila setiap minggu tengok segmen "Bersamamu" mengenai hidup mereka golongan sengsara yang berpendapatan rendah, saya selalu beritau anak-anak: "beruntungnya panda China itu diberi layanan kelas satu sedang rakyat terbanyak derita dalam negara kaya raya"

BTS said...

panda(i)-panda(i) lah rakyat menanggung beban dan berkira-kira..

Mummydearie said...

Tak tengok pun panda kat zoo tu. Dahlah dibagi makan, dibelai penuh kasih-sayang tapi bukan hak kita. Membazir betul. Katanya baru ni ada peraduan beri nama anak panda. Susah-susah beri nama lepas tu pulangkan balik pada yang empunya. Serius tak faham!

Kira Sakura said...

macam takde kepentingan kan nak membela panda tu. nak kata bagi rakyat merasa masuk tengok panda tapi harga tiket kemain mencanak2 mahal. nak menolong ekonomi apa ke bendanya tu ntah

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...