Rasa sekejap masa berlalu..
Kini bulan Ogos menampakkan diri..
Malam kelmarin..
Keadaan dak Nuha ok je..
Takde apa-apa yang pelik pun..
Menggedik macam biasa..
Pagi semalam..
Hubby bagitahu dak Nuha meragam tak sihat..
Aik.? Peliklah pulak.. tiba-tiba je..
Rupa budak tak sihat di Klinik..
Malam tadi..
Meragam.. merengek..
Disuruhnya picit kepala dia.. kesiannya tengok dia..
Kupujuk ajak mandi sebab badannya panas, dia tak nak..
Awal pagi..
Dalam merengek.. dia ajak teman gosok gigi..
Nak tergelak pun ada tapi kulayankan je..
Pakej kumandikan sekali..
Menggigil-gigil dia sejuk tapi nasib baik mood dia ok..
Kalau tak jenuh aku nak bersilat dalam bilik air tu..
Dah puas mandi dan gosok gigi, nak tidur kuletakkan tuala basah atas kepala dia..
Baru nak lelapkan mata.. dia merengek balik..
Sampailah ke pagi tadi..
Lepas subuh..
Kekonon nak mulakan larian keliling taman perumahan..
eemm.. dengan kepala berat, tak lalu aku..
La ni..
Lena dak Nuha tidur kesan lepas makan ubat..
Moga cepat sembuh hendakNYA..
Aku pun nak join dia tidurlah..
Dengan cuaca yang mendung buat mata ni memberat je rasa..
Jadi..
Aktiviti hari ni terpaksa dibekukan atas dasar kesihatan dak Nuha yang kurang memuaskan..
StatusHati: Aku yang kegelisahan..
Dala x sht tu sempat buat peace eh...mmg nampak x sihat la dia...
ReplyDeletesmoga dak nuha cepat sembuh..
ReplyDeletemakin bambam dak nuha ni ye..lama tak tengok lateast pic..semoga cepat sembuh hendaknya!
ReplyDeletecomelnye dak nuha walau pon demam...lepas makan ubat baik le demamnye tu...kalau anak2 demam memang mak pon jadi tak cukup rehat...pengorbanan seorang ibu
ReplyDeleteKesian kalau anak-anak tak sihat ni. Susah hati kita jadinya. Kalau budak comel macam si Nuha ni yang sakit, lagilah lara hati emak tau. Takut kecomelannya terjejas ~_^
ReplyDelete