Tak kira sama ada kakitangan awam atau swasta, mahupun sesiapa jua..
Peringatan bersama untuk kita semua..
Janganlah kita semua semua melibatkan diri dengan perhimpunan atau sebarang gerak yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta mengancam keselamatan negara.
Ini adalah berlandaskan konsep integriti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan benar-benar merupakan perkhidmatan yang stabil serta berkecuali terhadap mana-mana pihak, kumpulan termasuk gerakan, fahaman dan parti politik.
Penglibatan boleh berlaku dalam beberapa bentuk.. antaranya:
- Penglibatan secara aktif di luar masa bekerja dengan menyertai apa-apa bentuk gerakan atau perhimpunan yang tidak diluluskan pihak berkuasa, yang dianjurkan oleh mana-mana pihak;
- Menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai gerakan atau perhimpunan yang tidak diluluskan; dan
- Menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin, komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan dengan apa-apa gerakan atau perhimpunan yang tidak diluluskan.
Penglibatan dalam perhimpunan yang tidak diluluskan
pihak berkuasa atau sebarang gerakan yang boleh mengancam keselamatan dan
ketenteraman negara boleh disabitkan di bawah peraturan yang telah ditetapkan..
Bertitik-tolak dari Larangan tersebut.. ini pula pesanan dari my Dato' CEO..
Gunakan sepenuhnya kesempatan di hujung minggu bersama keluarga, pasangan, anak-anak dan ibu-bapa..
Semalam saya menerima short video Thailand melalui Whatsapps..
Mungkin ada yang pernah melihatnya..
Sebuah syarikat menjalankan Survey kepada staff muda mereka.. dan bertanya beberapa soalan:
Bilakah kali terakhir berjumpa ibu?
Bilakah kali terakhir melihat ibu tersenyum?
Bilakah kali terakhir ketawa bersama ibu?
Bilakah kali terakhir makan bersama ibu?
Bilakah kali terakhir mengucapkan terima kasih kepada ibu?
Bilakah kali terakhir memberi hadiah kepada ibu? dan..
Bilakah kali terakhir mengucup dahi ibu?
Kita harus menjawab sendiri..
Saya yang tidak lagi mempunyai ibu dan saya juga sudah berusia lebih 50 tahun.. terpaksa membiarkan airmata mengalir..!
Jika ada masa, lawatlah ibu di
kampung untuk menyatakan sayang kepada beliau dan memohon kemaafan semasa adanya..
Jika sudah tiada, kita hanya mampu membiarkan airmata mengalir.. !
Jika sudah tiada, kita hanya mampu membiarkan airmata mengalir.. !
Selamat berhujung minggu
bersama keluarga..!
#Semua kata-kata tersebut di atas aku copy paste dari pesanan oleh Dato CEO aku..
Video yang dimaksudkan oleh my Dato CEO..
StatusHati: Awak.. jangan pernah jauh dari diri ini..
Masing-masing ada agenda tersendiri
ReplyDeleteSukar untuk menyelami hati manusia
Ibu tetap di hati..
selamat berhujung minggu dan salam merdeka...
ReplyDeleteSuka ke tak suka ke, janganlah join perhimpunan haram macam ni. Lebih baik habiskan masa yang limited tu katanya dengan keluarga tercinta. Kalau kena jawab soalan macam ni, memang terharu jugalah walaupun hari-hari jumpa mak!
ReplyDeletetak suka nak pegi rusuhan ke perhimpunan ke. sebab terfikir nanti kalau jadi pape dekat kita sape nak jaga anak. kalau laki boleh je cari bini lain. tapi anak, takde orang lain dapat sayang dan jaga dia macam mak kandung dia sendiri huuuu.
ReplyDeletebukan tak sayang negara, bukan lepas tangan. tapi rasa lebih baik tadah tangan doa dekat Allah. biar Allah yang atur semuanya baik2