Rata-rata dari ibu yang bekerja terpaksa melepaskan anak-anak ke rumah pengasuh atau taska..
Mencari rezeki membantu keluarga..
Macam tu jugak dengan aku..
Andai diberi pilihan, bukan setakat aku.. mungkin orang lain pun sama..
Lebih selesa menguruskan sendiri anak-anak dalam urusan harian..
Dak Kakak bukan tak pernah suarakan padaku..
'Ibu berhentilah kerja dok rumah, boleh hantar kakak ke sekolah.. boleh bawak bekal ke sekolah..'
Alahai..
Sebak aku rasa..
Teringat masa aku cuti 3 bulan awal tahun 2012 yang lepas..
Punyalah seronok dak Kakak bila hari-hari dia dapat makan masakan yang aku masak..
Dapat pulak bawak bekal ke sekolah..
Cuma tak dapatlah nak hantar dan ambik balik sekolah.. dalam pantang kot masa tu..
Sekarang..
Hubby banyak membantu waktu pagi dalam menguruskan anak-anak bersiap untuk ke sekolah dan menghantar dak Nuha ke rumah pengasuh..
Kalau aku yang uruskan.. alamatnya hari-hari MERAH lah kedatangan harian aku ke pejabat..
Oklah.. kan..
Pagi hubby yang uruskan..
Petang turn aku pulak..
Rutin harian..
Penat macam mana sekalipun.. urusan berkaitan anak-anak perlu didahulukan..
Normallah kan bagi mereka yang dah berkeluarga..
Moga aku kuat dan tabah dalam menguruskan family kecikku ini..
No.. no.. no..
Tak boleh..
Nuha tak boleh ikut ibu pergi office..
Jangan merajuk ye sayang..
psstt: Kuatkan hati.. kuatkan semangat.. cabaran selama sebulan telah seminggu bermula..
ala cianya dia
ReplyDeleteibu mana pun luluh hatinya jika sianak buat permintaan sebegitu
ReplyDeleteHmmm... merajuk ye sayang.
ReplyDeleteIbu kerjalah, petang nanti jumpa ye.
sedihnya bila anak2 dah bersuara mcm tu.. tak apa lah anak.. ini semua kebaikan untuk korang jg.. InshaAllah.. :)
ReplyDeleteaduhla... mana ada mak yg takmo duk umah uruskan anak2... tp itulah kan, tuntutan kerja demi mencari sesuap nasi
ReplyDeletegeram nengok jelingan manja dak nuha
Dah mcm anak dara dah Nuha jeling macam tu
ReplyDeleteaduh.. tajam jelingannya.. hehehe..
ReplyDeletekalau diberi pilihan.. saya mmg dah tak sabar nk berenti... tapiii...
dulu suami kerja, isteri duk rumah..
ReplyDeletepastu suami kerja, isteri pun kerja..
sekarang suami kerja + kerja, isteri pun kerja + kerja (side income)
next ape pulak yer.. suami kerja, isteri kerja, anak pun kerja....??
kesian kat anak2 kan..
jelingan penuh permintaan tu...apalah agaknya suara hati nuha tika itu yer
ReplyDeletecomelnya muka merajuk Nuha
ReplyDeletecomelnya muka merajuk Nuha
ReplyDeleteAssalam aizan,
ReplyDeletekaaaaaaaaaannn3
iols emo hokeyh baca ur entry
teringat my boboboy sob3
Salam .Hee chomeynya majuk anak ibu ke nak adek 7 8 lapan lagikks., ;p
ReplyDeleteamboi dak Nuha punya jelingannnnn :P
ReplyDeleteMasa anak2 masih kecil ibu bapa rasa terkilan bila anak2 ditinggalkan kepada pengasuh. Bila anak2 dah besar ibu bapa pula rasa rindu bila anak2 tinggalkan rumah dok di asrama...
ReplyDeletedgn kos hidup yg makin meningkat,, memang susah kalau hanya hubby sorg je yg kerja.
ReplyDeletemakin bambam dak nuha ye..sekaton tu vitagen,hehe...
ReplyDeleteuntung ada kerja sama suami isteri uruskan anak
tajam menjeling! tapi tetap comel!
ReplyDeletecamtulah kan..mmg dilema yg biasa dihadapi para ibu. Pasti ada ganjaran hebat utk pengorbanan ini.
comel betul jelingannya tuh...rasa nak cungkil2 je mata tu
ReplyDeleteTajamnya jelingan Dak Nuha...
ReplyDeleteHati ibu mana yang tak sedih bila anak mohon sesuatu macam ni. Kalau saya sekali anak merayu, sekali saya call pejabat nak cuti. Sampai licin cuti sebab nak temankan anak di rumah jerk!
Kalau tidak, sambil pujuk hati anak dan hati sendiri, memang punch card merahlah juga jawabnya!
amboiiiii jeling sungguh hahahahahah
ReplyDeletebetul. takde mak yang sanggup pegi kerja rasanya. bila dah ada anak 95% memilih nak duduk rumah mengasuh anak. tapi apa kan daya kan sobssss
Majoriti mak mak cam tu. Klw boleh x nak keje demi nak jaga anak. Tp bila x leke x mampu. Nak harap en hubby sorang keluar duit kesian pulak. At least duit belanja x payah mintak dah.
ReplyDelete