Followers Remaja Purba

Monday, April 13, 2015

Dah tak tahu nak berjimat tang mana lagi YB..


Sejak GST dikuatkuasakan..
Semua tidak berkecuali.. semua merasai..
Pada aku.. siapa kata harga barang akan turun selepas GST diperkenalkan..?
MAHAL wehh.. 
Sampai satu tahap aku jadi takut nak membeli barang keperluan di rumah..
Itu GST..


Kisah lain..
Cadangan Had Pengeluaran KWSP nak disamakan dengan had umur persaraan ..
Belum tentu pencarum mampu menikmati ketika usia itu..
Oh!My..
Please lah..
Kenapa nak sekat hak pencarum?
Apa nak suruh kami bekerja sampai ke tua ke..?


Isu Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Haji Dato' Ahmad bin Haji Maslan menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar..
Bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.
Ianya adalah mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk masak di dalam kampus.
Nak berjimat..?
Dah tak tahu nak berjimat tang mana lagi YB..
Eh! Bebudak UiTM masak apa ye hari ni..?


Kisah kenaikan elaun 40% ahli parlimen yang disokong sepenuhnya oleh YB Kerajaan dan YB pembangkang ketika rakyat disuruh berjimat-cermat angkara GST..
Harap-harap YB semua lebih bersemangat wajalah lepas ni ye..
Rajin-rajinlah melawat kawasan tanpa kaki kipas yang mengiringi YB semua..
Ingatlah.. siapalah YB tanpa rakyat yang memilih.. 
Eh!Pasal itu takpelah..
Jadikan sebagai satu semangat untuk bekerja lebih kuat agar kita kita dapat kenaikan gaji macam YB tu semua..



psstt: Bravo Alpha Delta Mike Oscar Oscar Delta..!!



26 comments:

nur anis said...

harga semua naik, kena berjimat cermat..boleh sabar lagi.. bila gaji menteri naik, memang rasa nak memaki je..

Kakzakie said...

Naik gaji utk yb aje kita ni rakyat marhaen kena akur tunduk angguk-angguk sampai tersengguk.

idzwa kamaruddin said...

baca sambil nangis laaa..

Diana Din said...

Apo nak dikato...

Kniedaz said...

jimat tang mana lagi la...yang dok ada pun nak dicatu huhu

eima said...

tumpang gembira bila YB naik gaji (sarcasm)

tiga lalat said...

Salam. Hee sedih nak pencenjuga nih ;p

Nor Azimah said...

Belanja di Mydin Mall, setakat ni gst ditampung oleh Mydin sendiri, tapi tak taula utk berapa lama Mydin boleh bertahan buat camni..

Oh Malaysia ku tercinta, oh Malaysia ku terseksa...

JunAina said...

Tapi harga makanan kat UiTM tak lah mahal sangat macam kat luar, hari tu pergi hantar anak saudara 5 orang makan Rm17 terpinga2 jap nak bayar takut salah kira...:)

JR said...

Tanpa menteri suruh berjimat pun rakyat sudah lama berjimat. Yang perlu berjimat ialah mereka yg di atas tu, tak perlulah kerap sangat pergi luar negeri atas urusan rasmi yg boleh dipertikai, kalau pergi luar negeri bini tak payahlah ikut buang duit rakyat saja... Dan gaji wakil rakyat patutnya dipotong bagi menunjuk simpati kpd kesengsaraan rakyat dan bukan dinaikkan...

Ummu Athiyah Ismail said...

Menteri2 mana la faham rakyat marhaen macam kita nih kann..huhu

Rai OurKizuna said...

kesian kita jadi rakyat marhaen.. kalau lah boleh pilih option taknak mencarum kwsp tu.. entah dapat nikmati ke tidak.. even kalau saya mati, entah anak2 dapat merasa ke tidak duit hasil titik peluh saya bekerja tu kak.. sedih..

Daddy Ziyyad said...

Mungkin maksud para ahli politik tu, mereka suruh kita tinggal dalam gua ( tak yah bayar installment rumah), jalan kaki sahaja ke mana mana ( tak perlu isi petrol)...itu cara jimatnya

Sylarius Yusof said...

Geram pulak dengar statement menteri sejak pelaksanaan GST ni. Kita yang rakyat ni lebih dari tau mana nak jimat duit. Kita semua ni bukannya hidup boros macam sesetengah diorang tu.

Fiza Rahman said...

Rasanya sebelum GST lagi dah berjimat cermat. Nak jimat macam mana lagi tak tau lah ni.

Duit GST tu untuk bayar gaji pak YB yang dah naik. Kita rakyat marhaen ni naik gaji pon berapa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan kos sara hidup yang makin tinggi nak mamps ni.

ewanthology said...

duit dah takde la tu...GST diimplementasi, had keluar duit KWSP dilanjutkan, padahal duit KWSP tu duit kita.

skuterlady said...

kenaikan elaun diorang 40%... sebab tu la diorang sedap cakap suh kita berjimat.gaji diornag bertambah 6 - 7 ribu... boleh la cakap macam2. orang bawahan ni naik 6 - 7 hinggit je....munasabah ke tak tu?


budak U masak? akai ada ke dak? mana sempatnye nak masak... kuliah pagi ke petang.... time free boleh la... time jadual packed nak tak nak kena pi kedai gak...

menyampah kadang dengor cakap2 diorang yg 'besar2' tu

norhidana miswan said...

itulah kak... tang mana gst tu tak membebankan rakyat.... tang ahli parlimen yg mmg dh kaya raya tu dpt kenaikan gaji oh my.....

kite2 yg keje gomen ke keje swasta nk dpt naik gaji punya pyh, yg jd ahli parlimen senang je naik gaji... gst nih mana lah berbekas kt depa

Puan Kutu said...

sy pun sama gak,takut nak beli barang keperluan pun..dah la spesis kemut..lg tambah enjin turbo kemutan.kahkah..

masak kt kampus tu cakap tak guna akai.dia dulu sijil terbang.tak pernah dok u..Bukan sy kata..org yg kata.hehe..

depa saja carik pasai..naik gaji time rakyat tengah marah.haha..

Mummydearie said...

Apa kata suruh Pak Menteri 'ajar' kita cara-cara nak berjimat cermat sebab cara yang kita tahu semuanya tak boleh jalan ~ duit masih mengalir keluar dari poket tanpa hentinya. Cubalah ajar kita cara yang sebaiknya, barulah kita faham definisi sebenar berjimat cermat seperti dalam kamus!

Elaun MP nak dinaikkan lagi? Kenapa tak minta 200%, hidup dikelilingi cukai ni, setakat kenaikan 40% takda maknanya. Lainlah rakyat macam kita, 4% tu pun dah besar maknanya...

Kesuma Angsana said...

Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. Dah no komen tang GST2 ni hehehe

Kira Sakura said...

memang kak. stressssssss sangat dengan keadaan ekonomi sekarang ni haaaa baik pembangkang dengan kerajaan samaaa je klu bab gaji depa kalau bab isi perot depa.

takpe buat la kat dunia. makan lah smpi perot nak pecah bernanah pun. esok kt sana kmi tuntut setiap sen kami yang dicuri. tak pegang amanah bebetoi. nanti ko jawab lah

Putri said...

Huhuhu..lps gst memang nk kena control bila beli brg keperluan.terkejut jugak bila brg mcm sabun bsh bj dan ubat gg pun nk digstkan sedangkan itu barang keperluan

Nizam.Ariff said...

Aduhhhh.....!
YB tu senang je naik gaji...
Sorang cadang, yg lain sokong....dah naik gaji...serupa mcm review gaji sendiri....suka hati je...

dorsett pink said...

saya langsung tak setuju yb naik gaji.. 40% banyak tu.. kami ni rakyat jelata usah kata naik gaji 40%, 1% pun tak naik2.. huhu..

konon lah pak menteri.. cakap pandai.. Bila harga barang naik sebab gst, tahu pulak minta kerajaan naikkan gaji dieorang.. yang rakyat ni disuruh berjimat cermat.. nak berjimat tang mana lagi pun dah tak tahu dah.. habis berjimat dah ni

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam aiza,
laaaaaaaaaaa
banyaknya isu negara sekarang ni yer
iols ni dah naek muak nengok berita ka baca paper ka
isu gomen, isu gst, isu pembangkang
lagi nengok lagi sakit ati
he3
kuasa ateh tangan deme
kat dunia boleh la seronok
esok kat akhirat tahu la menanggung

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...