Followers Remaja Purba
Thursday, April 2, 2015
MADU bernyawa..?
MADU bernyawa..?
Bukan semua lelaki mampu..
Bukan calang-calang perempuan boleh terima..
Kenapa entry aku hari ni lain macam ek..?
Semua berkait rapat gambar 'madu' dalam FB hubby..
Kisahnya bukan mengenai madu bernyawa tapi air minuman yang berunsurkan madu..
Tapi ada pula yang sengaja menghangatkan suasana.. dan aku sekadar nak share komen yang ada..
Komen bos hubby:
Cepat bermadu.. InsyaAllah amal sunnah ada kejayaan.. terbaik.
Komen dari aku:
Mendoakan yang baik itu elok tapi kalau sekadar ikut sunnah tapi takdo tanggungjawab tak guno yo.. Tak usah nak bangga ada isteri lebih dari satu kalau tak pandai nak didik isteri-isteri ke arah kebaikan.. Bukan semua lelaki yang mampu.. bukan calang-calang perempuan boleh terima..
Komen dari member aku:
Yess!! Kalau bab isteri je nak ikut sunnah...perkara lain yang nabi buat kenapa tak ikut ye...mmm...
Dari bos hubby:
Niat saya nak sampaikan.. Barang siapa dapat amalkan 1 sunnah Nabi SAW di zaman kerosakan umat ni..Allah SWT beri pahala syahid.. Amal makan madu dengan niat nak amal sunnah Nabi SAW pun Allah kira. Belum lagi sunnah yang besar macam hidup bermadu, tergolong dalam golongan yang terawal masuk syurga...
Komen dari aku:
Saya faham tentang sunnah Nabi SAW tu.. dan betapa berkhasiatnya madu itu tapi secara peribadi.. madu bernyawa tu bukanlah satu pendekatan terbaik buat saya..
psstt: dan komen2 saya tadi bukanlah atas dasar perasaan marah.. abam hubby lebih mengetahui..
Maafkan saya andai isu madu ni buat ada yang terasa sedangkan saya komen secara umum..
Selain dari komen hangat tersebut, ada juga antara komen lain yang aku dapat..
D: Tak nak payung emas ke..?
Y: Kalau dapat payung emas tapi cipta neraka dalam hati.. baik tak payah kot..
D: Apa pun kena redha dengan ketentuan Allah..
eemm.. Isu never ending story..
Aku tak kata aku setuju dan aku tak kata aku tak setuju..
Macam aku kata di awal tadi..
Bukan semua lelaki yang mampu..
Bukan calang-calang perempuan boleh terima..
psstt: Ya!Allah.. kau dekatkanlah kami kepadaMU.. kau jauhkanlah kami dari musibahmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
kalau bimbing diri sendiri pun terabai mcm mn laa nk bimbing 2 isteri???
ReplyDeleteamin
ReplyDeletebab madu, ikut rasulullah.. bab adil.. ke laut.. betul kak.. bukan mudah..jaga 1 isteri pun macam2.. lagi la 2-3-4.. nasib la.. kalau rasa mampu dipersilakan.. suami kita lebih mengetahui..
ReplyDeleteApa ni... topik berat ni...
ReplyDeleteNasib dapat tengok gambar dak Nuha kat bawah tu... comei sangat...
Dak adik dah ok ke? Kaki & darah n buah pinggang? Lama relax macam2 pulak cerita..
Komen secara pukal ni..
Salam .Hee tetibe teringat lagu 'madu dan racun'.
ReplyDeleteEngkau yang cantik.
Engkau yang manis.
Engkau yang manja.
Selalu tersipu.
Rawan sikapmu.
Di balik kemelutmu.
Di remang.,
terbaiklah jawapan aizamia..
ReplyDeleteMende senseyip cam ni dibuat main...klu aku mengundang panas hati....
ReplyDeleteNape die x madukan bini die dulu....
Ada seorang kawan (dia beristeri 3) kata hanya lelaki PENAKUT yg cuma mempunyai seorang isteri:
ReplyDelete“Maka kahwinlah wanita-wanita yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu TAKUT tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja..(an-Nisa’ 4:3)
Kata kawan itu dalam hujahnya Allah memulakan ayat an-Nisa' dengan perkataan 'dua' maknanya lelaki digalakkan kahwin sekurang-kurangnya dua. Tapi jika lelaki itu penakut kahwinlah seorang saja.
Dan saya malangnya dalam kategori lelaki penakut itu, hehehehe...
sensitif isu ni....
ReplyDeletepaham maksud anda...
ReplyDeletehujah yang tiada bernohktah..
itu la..msing msing punya pnadangan...tpi bukan senang hdup berkongsi...klu ada yang makan hati...xbahagia..
ReplyDeletemmg sensitif isu nih, perempuan selalunya menolak sbb bkn mudah hidup bermadu... dlm islam pun ada bgtau kan kalu lelaki tu tak mampu tak pyh berangan nk kawin dua ke tiga ke empat ke...
ReplyDeletekalu takat ikut kehendak napsu mmg lah, tp kemampuan lain mcmne? mampu kah adil utk segala nya...
Akak rasa, ini depends pada individu itu sendiri. Kena ada checklist. Kalau semua checked, bolehlah teruskan niat nak tambah.
ReplyDeleteMampu zahir, mampu kewangan, mampu mendidik, mampu berdisiplin, mampu melindungi, mampu berbagi adil, dan sebagai2nya....tepuk dada, Tanya iman.
Assalam aiza,
ReplyDeletesensitip kan3
Tajuk yang sangat sensitif. Kalau boleh tak mahu sentuh tapi kalau dah tersentuh haruslah nak menjawab balik. Betul tu, bukan semua wanita boleh terima dan bukan semua lelaki berupaya untuk bermadu. Yang satu aje dalam fikiran bila suruh ikut sunnah, bab yang lain-lain tak pernah terfikir nak ikut sunnah pulak ya.
ReplyDeletesaya suka yang...
ReplyDelete"bukan calang2 perempuan boleh terima" -- nyawa bermadu -- :)