Followers Remaja Purba

Sunday, February 1, 2015

Stor Penyimpanan Barang


Sesi 5S selesai dibuat tengahari tadi, melibatkan ruang penyimpanan barang didapur..
Bantuan sepenuhnya adalah dari hubby dan dak Kakak..
Aku cuma buat yang ringan-ringan je.. yang lain hubby kemaskan..
Angkat barang berat..? Memang taklah kan..
Manja..?
Dengan sejarah kecederaan pada pinggang yang pernah aku alami, aku tak nak amik sebarang risiko..
Sebab tu kalau nak mengemas rumah, bantuan hubby sangat diperlukan..

Aku bersyukur hubby nak bantu aku tapi atas pemantauan jugak..
Kalau tak.. sama ada hubby buang atau simpan dan tak jumpa langsung..
Biasalah.. pada pandangan mata hubby, yang penting dah tak semak dan bersepah..

Dalam pada tu, hubby sempat tegur aku pasal pembelian barangan jenama TUPPERWARE yang semakin beranak-pinak dalam ruang penyimpanan barang dapur tu..

Janji hanya tinggal janji.. janji tak nak beli tapi beli jugak.. hehehe.. abang janganlah marah.. lain kali tak beli dah..

Memandangkan masing-masing dah kepenatan, maka terpaksalah tunda nak balik kampung menjenguk ibubapa aku dan hubby..



Mood: Masa untuk berehat..



4 comments:

zarul farhana said...

kat rumah pon kena buat 5S

Daddy Ziyyad said...

5S kalau kat rumah, mmg kena selalu buat..kalau sekalisekala nak buat, mmg jenuhhhh...mau seharian mengemas..haha

ewanthology said...

kira senaman ringan la ni..janji keluar peluh... sihat badan tu walaupun sekadar mengemas rumah.

Mummydearie said...

Biasalah tu Aiza. Kita buat 'janji kosong' je. Lepas tu kita buat lagi. Saya lagilah kalau kena tegur ada barang baru, tetiba je penyakit lupa datang tau!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...