Followers Remaja Purba

Friday, February 27, 2015

Perkembangan terkini dak Adik di PPUM


26 Februari 2015..
Hari kedua di Wad Pediatrik, PPUM..

Prosedur standard terhadap dak Adik..
Pemeriksaan tekanan darah, oksigen dalam darah dan suhu badan dak Adik..

Tapi..
Setiap kali tekanan darah diambil, hasil adalah amat tidak memuaskan di mana biasanya bacaan tersebut sangat tinggi..
Walau dah cuba pujuk dak Adik supaya berada dalam keadaan rileks, hasil tetap sama..
Malah bacaan diambil ketika adik tidur pun tetap tinggi..

Disebabkan bacaan tekanan darah masih tiada perubahan, doctor Fawwaz memaklumkan darah dak Adik perlu diambil bagi tujuan  tiroid function, hormon pembesaran dan juga infection indicator (penunjuk jangkitan kuman).. hasil ujian tersebut akan diketahui hari ini..

Sementara itu, Dr. Yasmin melakukan ujian ECG untuk melihat electrical activity of heart function dak Adik..
Alhamdulillah bacaan adalah normal bagi usia dak Adik..

Kalau ikutkan sakit bila masukkan antibiotik tapi dengan ayat-ayat memujuk Dr. Yasmin, dak Adik boleh jadi abam sado walau airmata meleleh.. kehkehkeh..
Antibiotik masih diberikan kepada dak Adik untuk mengurangkan bengkak di leher dak Adik..
Alhamdulillah nampak semakin baik berbanding kelmarin bila mana nak gerakkan kepala pun sakit apatah lagi nak menelan..

Dalam pada itu.. dua jenis sample air kencing dak Adik diperlukan..
Satu untuk mengesan jangkitan kuman dan satu lagi untuk mengesan perubahan dalam air kencing, protein.. macam tu lah..

Berdebar-debar nak tunggu keputusan ujian darah dan air kencing dak Adik.. Moga keputusan -ve dan boleh keluar wad lebih awal..



psstt: Atas permintaan Blogger DaddyZiyyad, Gigih aku interview doctor Yasmin bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai dak Adik..

last psstt: Semua gambar berkaitan tidak dapat diupload memandangkan aku masih menemani dak Adik di wad..



11 comments:

❤Kamsiah❤ said...

Semoga tiada apa2 yg serius...semoga cepat sembuh..

asyifa mustaffa said...

Harap semua baik2 saje ya.

Nurzakiah Hanum said...

insyaallah harapan semoga kembali seperti biasa

tiga lalat said...

Salam. Hee semoga adik segera sembuh.

norhidana miswan said...

moga dak adik cpt sihat n keputusan semua negative n dpt cpt kuar ward

eima said...

tak sabo nk tgu dady ziyyad bg komen ... harap adik cepat sembuh ....

ewanthology said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul... moga terus tabah.

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam aiza,
moga segalanyabaik2 sahaja

m.u.l.a.n said...

Get well soon asik..

m.u.l.a.n said...

Opss nampak silap.. Get well soon ya Adik..

Ibu Lala said...

Sejak bila leher adik tu bengkak. Bengkak dah brp lama. Umo adik berapa. Bengkak macam mana. Macam benjol tu ke.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...