Followers Remaja Purba

Wednesday, July 16, 2014

Pertandingan Nasyid Sempena Hari Puteri 2014



Entry ni sepatutnya aku publish sebelum puasa hari tu..

Tahniah buat dak Kakak dan kawan-kawan yang mewakili SKBK dalam pertandingan Nasyid sempena Hari Puteri Tahun 2014 yang telah diadakan sebelum bulan puasa lepas.. Sebenarnya aku tak ingat tarikhnya..

Dengan usaha bersungguh-sungguh ditambah dengan kesungguhan Ustazah beliau yang mengajar akhirnya membuahkan hasil walau hanya mendapat tempat kedua tapi amat bermakna bagi dak Kakak.. sebab ini penyertaan kali pertama beliau.

Latihan dijalankan setiap hari Sabtu selepas kelas Iqraq..
Pernah sekali dak Kakak terlupa jadual latihan hingga memaksa Ustazah menghubungi aku minta hantarkan dak Kakak ke sekolah.. dan ustazah juga yang baik hati menghantar dak Kakak pulang ke rumah.
Walaupun peranan dak Kakak tak besar mana tapi tetap membawa kenangan manis buat beliau.. Aku yang teruja lebih sebenarnya.. kihkihkih..



Hadiah kenangan sepatutnya bersama dengan dak Kakak tapi sayang.. ada pulak yang cuba mendengki dengan berselfie bersama hadiah tersebut.. Malah dalam keadaan yang seksi-meksi pulak tu..



Hadiah kemenangan dak Kakak..


Nampak..
telah berlaku pencerobohan di situ..












yang mana akhirnya menjadi begini..

Berselfie dengan gaya 'peace' lima jarinya itu..







psstt: Apabila terungkai misteri kisah lama.. semestinya kita menangis hingga ke hujung nyawa..



4 comments:

  1. tahniah dak kakak, dak adik tumpang glamour, ni baju mane ni.. hahahaa... pst: tetibe sedih ni nape mama nuha?

    ReplyDelete
  2. hahaha, saya tak expect aksi 'dengki mendengki' tu dari dak nuha..

    Ingatkan kawan2 dak kakak jugak,hehe

    Sihatnya dak nuha ni..lama dah tak jenguk..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...