Followers Remaja Purba

Tuesday, June 23, 2015

Bila Tom and Jerry mula berpuasa


Dah lama rasanya tak bercerita kisah askar-askar Tom and Jerry kat rumah ni..

Semalam cukup 5 hari dak Kakak dan dak Adik berpuasa.. walau ada rengekan lagi sejam nak berbuka sebab tak tahan lapar..
Bukan mudah nak pujuk dalam keadaan letih ni.. silap- silap bertukar hijau aku..
Dak Nuha tak boleh tengok aku dekat dapur..
Ada je yang dia nak.. mengomel dengan biji butirnya yang aku kadang tak faham..
Sudahnya sepanjang Ramadhan ni, dapur adalah kawasan larangan dorang..

Ramadhan kali ni tanpa hubby menemani berbuka puasa bersama..
Jadi apa yang aku masak, itulah yang anak-anak makan..
Dari sehari sebelum puasa hingga la ni, mesti ada unsur ayam dalam masakan..
Demi selera anak-anak yang gigih berpuasa takpelah..
Tapi..
Minggu depan ikut selera ibu pulak ye sebab ibu dah jemu makan ayam.. tengok pun dah tak lalu..

Setakat ni baru sekali terlajak sahur..
Pukul 3 lebih baru nak tidur.. pukul 4:30am dah kena bangun..
Memang aku bangun.. aku off kan bunyi alarm..
Penyudahnya semua tak terlajak..
Apa yang aku boleh katakan.. 'Inilah akibatnya kalau harapkan supermom ni..'
Jadi sila jangan bising merengek kata lapar sebab tak sahur..


Kitaran hidup..
Dulu mak kejutkan aku bangun sahur.. la ni alarm jam yang kejutkan aku..
Tak bangun aku, tak berasaplah dapur..

Dalam pada membebel, tangan lincah menyiapkan kerja rumah..
Dalam marah-marah tetap jua menyediakan keperluan semua..
Supermom yang tiada tandingan..
Tabik spring lah pada semua ibu-ibu semua..



psstt: Kalau dah ada jalan, satu je lagi kena buat.. Tindakan.. benda apa pun kalau takde tindakan takkan dapat apa yang diinginkan..



14 comments:

  1. memang mak2 macam ni la kan..bising macam mana pun mesti jalan jugak kerja rumah.klu tak memang tak ada la sapa nak jadi alarm kt rumah tu..

    ReplyDelete
  2. dlm berpuasa gitulah ada masa terbabas nk sahur..tapi anak2 kecil tetap gigih berpuasa bagus tu...

    ReplyDelete
  3. sama la..sorg asyik mengadu haus..yg sorg lagi ckp puasa tapi mengunyah dpn abang...sabar je laaa...

    ReplyDelete
  4. Tahniah supermom..
    Tapi sian dia... kena masak sendiri... napa tak minta chef masak awal2.. simpan dlm fridge.

    ReplyDelete
  5. kannn kalau balik kampung sendiri boleh jugak bermalas malasan lepas tu mama still kejut kan kita, kalau kat rumah sendiri. menyesal sepanjang hari sebab salah sendiri huuuu

    ReplyDelete
  6. begitulah putaran hidup kan.. dulu2 mak tukang kejut skrg ni kita plak..
    apapun mmg super mom..mulut bising pun tgk2 dah siap masak... hehe

    ReplyDelete
  7. penat ke mengantuk ke, mesti kena jadi alarm clock diorang walaupun setiap org dah set alarm dalam hp masing2 hehe

    ReplyDelete
  8. akak jugak berpuasa tanpa suami disisi.,.:(

    ReplyDelete
  9. Tulah....bila ramadhan terkenang juga arwah mak, dia akn sediakan semuanya, tinggal kita bangun makan je, sayu hati...

    ReplyDelete
  10. dik Nuha dah boleh puasa yea? Alhamdulillah..kuat betul si adik ni... byk la dpt duit raya...mmg mencabar Aiza, tu la supermom, lebih2 lagi kite je sowang dgn anak2, suami gigih cari rezeki, takpe, susah dulu, senang kemudian yea.. gogo Supermom!

    ReplyDelete
  11. eMMe:
    dak Kakak dengan dak Adik yang berpuasa setakat ni.. dak Nuha belum lagi.. baru 3 tahun.. ;)

    ReplyDelete
  12. Sekarang barulah kita rasakan, Aiza. Memanglah supermom kita ni walaupun tak sempurna mana. Saya pun masak aje kali ni, tak mahu beli di luar. Tapi anak-anak memang begitu tau, asal kita sibuk aje mengejar masa, waktu itulah mereka membebel-bebel nak bercerita atau nak itu, ini.

    Anak saya si Adik Cute tiap malam baca doa puasa tapi lepas tu macam nak pecah peti sejuk buka tutup sesuka hati. Siang hari memanglah dia tak 'kosa' tapi selalu ingatkan kita suruh 'menahan lapar dan dahaga'!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...