Followers Remaja Purba

Tuesday, June 2, 2015

Cubaan demi cubaan


Pukul 12 tengah malam tadi..
Dalam cubaan mengupdate blog..
Tidak berjaya..
Tersengguk-sengguk menahan kantuk selain keletihan..
Shut down lappy.. zzzzz...


Pukul 5 pagi tadi..
Dalam suasana yang membingit dengan bunyi katak bersahutan selepas hujan..
Cuba mencari rentak..
Bukanlah tak berjaya langsung..
Tapi hanya mampu disimpan dalam draft..
Nak publish ke tak.. nak bagi orang baca ke tak..?
Ok.. tak jadi..


Pukul 7 pagi tadi..
Masih tercangak-cangak di sini..
Idea ada tapi masih kuncup tak mengembang seperti Akar Fatimah..


Pukul 10 pagi..
Dalam cubaan demi cubaan nak update blog..
Sudahnya aku berada di Klinik Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..
Menemani dak Adik mendapatkan rawatan susulan..
Ala ni kes hujung bulan Februari lepas..
Dekat seminggu dak Adik check in dalam Wad Pediatrik, PPUM..

Selesai urusan.. barulah terasa lapar ya amat..
Tahulah nak slim.. takmo gemok.. takkan makan pun sampai terabai..
Selesai semua urusan akhirnya pukul 3 petang tadi tersadai di rumah..
Penat dalam cubaan menyelesaikan beberapa perkara..
Tapi bila nak rehat, teringat pulak yang blog belum berupdate..
eemm..sekali baca macam dah berjam-jam aku cuba nak update blog..
Dah petang dalam hujan yang tiada kesudahan, akhirnya..
Berjaya aku publish entry ni..



psstt: Bertahan dan terus bertahan..



14 comments:

Nizam.Ariff said...

Syabas...berjaya akhirnya....

❤Kamsiah❤ said...

tahniah..walaupun seribu halangan mendatang..berjaya jugak update blog...

CikSiti said...

he he akhirnyaa

JR said...

Boleh masuk buku rekod 1Malaysia ni, 24 jam baru siap satu entri, hehehehe...

JR said...

Boleh masuk buku rekod 1Malaysia ni, 24 jam baru siap satu entri, hehehehe...

Amanda Suria said...

janji ada entry ni..berupdate la jugak..I ni x buat apa lagi pun...semua auto publish entry dah siap2 scheduled sampai rabu...gigih hoke sbb tau kat opis mmg tgh sibuk...

Nurfaezah Abdullah said...

sifat mls juga slh satu dugaan haha mcm fae

Ibu Lala said...

Saya pun dh lama x update blog. No idea.

lieyalatif said...

lieya pun dah lame blog terbiar...ni baru le nak update ekekekekek...ade citer leh la update kalo tak jadi pekasam blog kekekeekekeke

Puan Kutu said...

tu dia punya banyak halangan..tetap gigih nak update.tu patut puji.hehe

norhidana miswan said...

huhuhu.... takpe kak.... jnji ada keazaman...

Falsya said...

janji berupdate u'ollsss..hehehe

Mummydearie said...

Keh3x. Begitu susah rupanya nak update blog ya. Nasib baiklah saya belum terkena lagi. Setakat ni idea memang mencurah walaupun takda hujan lebat di luar. Takpalah, slow-slow. Kalau dah takda apa nak update, dipaksa juga tiada gunanya. Otak tak boleh fikir!

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Bila tiada idea untuk menulis... itu yang banyak entry tersimpan di dalam draft...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...