Followers Remaja Purba

Thursday, June 4, 2015

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Final Piala FA 2015



Entry tersadai lama dalam draft..

Umum telah mengetahui keputusannya.. suka atau tidak itulah kenyataannya..
Tahniah buat Lion XII yang memenangi Piala FA 2015 buat kali pertama..
Buat semua skuad negeri dalam Malaysia, berusahalah dengan lebih gigih agar dapat mengambil semula piala tersebut.. Jangan benarkan melangkaui sempadan negara kita lepas ni..

Tapi bukanlah itu kisahnya yang aku nak share di sini..
Sebaliknya..

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah turun padang bersama sukarelawan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada penonton yang hadir ke stadium untuk MENJAGA KEBERSIHAN..

Seawal pukul 4pm, mereka telah berada di sini..



Diletakkan banner, bunting, iklan yang besar untuk mendapatkan kerjasama daripada penonton..


Berusaha mendidik masyarakat/penonton melalui kempen Zero Sampah selepas pertandingan..

SWCorp telah melakar sejarah..




Walaupun tidaklah berjaya bersih sepenuhnya, namun syabas dan tahniah buat mereka..
Bukan mudah nak mengurus sampah dari lebih 80K penonton..
Kelemahan awal yang dikenalpasti adalah dari segi kemudahan tong sampah amat terhad..
Masih banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian..
Sebagai contoh: Tong sampah yang disediakan dan sekiranya tidak disediakan apa peranan kita..

Moga kita akan lebih prihatin dan improve ke arah menjadikan masyarakat Malaysia minda kelas pertama dan negara bersih, indah dan sejahtera..

Apa-apapun great job buat SWCorp dan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat membantu menjayakan usaha tersebut.

*sumber adalah dari rakan yang bekerja di SWCorp..



psstt: Berubahlah demi kebaikan bersama..



3 comments:

logorithm said...

Apa yang rakyat Malaysia belajar kat sekolah sejak dari sekolah rendah? Cikgu ajar jangan membuang sampah merata-rata, tapi bila dah besar, itulah tabiat kebanyakan orang Malaysia -- membuang sampah merata-rata. Kat opis jer pun dah cukup. Bersepah pantri dan tandas. Kesian kat akak cleaner.

Falsya said...

Mmg itulah yg selalu jadik kat malaysia nie kalaj ade ape2 event..xkisah la kat memana pun..kalau bola pulak, bukan takat kat luar stadium n tmpt duduk dlm stadium..dlm padang pun sampah duk ade..sebab peminat xpuas hati, dicampaknye botol2 dlm padang..

Mummydearie said...

Bab buang sampah merata-rata ni memang kena ambil berat dari sekarang. Kalau dididik awal, barulah nampak hasilnya. Entahlah masyarakat kita ni bagaimana perasaannya bila nampak sampah merata-rata. Langsung takda rasa malu ke?

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...