Followers Remaja Purba

Wednesday, June 17, 2015

Tak kuat hanyutlah jawabnya..


Jika diberi peluang untuk mengundurkan masa..
Apa yang ingin korang lakukan..?

Bagi aku.. belum tentu masa tu akan sama seperti yang diinginkan..
Dari hidup mengenang kisah silam, lebih baik kita berdoa dan seterusnya berusaha..
Kalau tak berusaha kita tak akan dapat apa yang kita nak..
Andai dah usaha tapi masih tak berjaya, pasti ada something yang DIA nak kita sedar..
Sebagai contoh:
Kalau si A tu bukan hak kita.. kita usaha macam mana pun tetap takkan jadi milik kita.. pasti ada je halangannya..

Jadi.. kita perlu kembali kepadaNYA..
Muhasabah diri..
Yakin pasti ada hikmah disebaliknya kenapa jadi macam tu..
DIA takkan bagi dugaan itu pada kita andai kita tak mampu nak menghadapinya..

Life must go on..
Pengalaman mematangkan fikiran..
Kalau kita tak dapat dengan cara A, kita guna pula cara B..
DIA bagi kita akal untuk mencorakkan masa depan yang lebih baik dari sebelum ni..
Tapi kalau ruang dah diberi, masih juga tak nak usaha, dialah manusia yang paling rugi.. hi hi bye bye lah jawabnya..



psstt: Tak kuat hanyutlah jawabnya.. Tak usaha tak ke manalah jawabnya..



12 comments:

aTieYusof Family said...

kembali kepada-NYA..pasti yg dicari akan kita temui..:)

aizu's life said...

:)
pokok pangkalnya berbalik pada-Nya..

Puan Kutu said...

tak guna mengenang masa lalu..setuju sangat masa hadapan yg kita kena pandang.usaha doa dan tawakal!

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi
selamat berpuasa

Lea Ismail said...

Apa-apa pun redha dan tawakal denganNya

Kakzakie said...

Kalau boleh undur kakak nak jadi budak sekolah semula Ai
Tak pun jadi macam Nuha - tak ada fikir masalah
Ada mak yg urus kita bestnya..

Tapi semua itu mustahil.

Selamat menyambut ramadhan yg mulia buat AI dan keluarga

eMMe said...

mmg kene kuat Mama, tak kuat...hancur la dan musnah la harapan yg dibina slama ini... so, jgn la nnt kite nyesal kemudian hari..

Esok Puasa Mama,

Slmt berpuasa di bulan Ramadan...

paridah said...

SALAM RAMADAN...CARI KKEPUTUSAN TERBAIK DEMI KEHIDUPAN.

❤Kamsiah❤ said...

selamat berpuasa dari akak...semoga amalan kita diterima..

Aziela said...

Itulah kehidupan...

makcikkantin said...

Selamat berpuasa.. Hanyut tak apa tapi harap jgn lemas di bawa arus ;)

Mummydearie said...

Betul tu, Aiza. Kalau hidup hanya mengenang masa silam, tak ke manalah perginya. Takda peningkatan pun. Lebih baik berfikir untuk masa depan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, walaupun adakalanya begitu sukar untuk kita memahami sebab-musabab sesuatu itu terjadi.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...