Followers Remaja Purba

Friday, June 19, 2015

Jumaat Pertama Ramadhan 1436H


Semalam..
Alhamdulillah smooth je perjalanan pergi dan balik kerja..
Rutin harian pun takdelah terbalik teruk sangat..
Gagah bersilat di dapur menyediakan menu berbuka puasa walau tidak sihat..


Hari ni..
Masih gagah menyediakan juadah bersahur..
Menjadi supermom ni memang kena kuat sentiasa walau diri tak sihat..
Migrain pulak datang tanpa segan-silu menyerang..
Bertambah rasa berat kepala ni bila tersekat dalam kesesakan jalanraya pagi tadi.. 

Kronologi pagi tadi..
6:50am - Tol Subang Jaya..
Masa ni masih mampu tersenyum lagi.. cerah harapan sampai awal ke pejabat..

Tapi..
Lepas tol menuju susur Federal Highway.. kesesakan bermula..
SATU JAM kemudian baru sampai ke pejabat yang pada kebiasaannya ambil masa tak sampai 20 minit pun..
Harapan yang cerah terus kelam rasanya.. 
Betapa sesaknya Federal Highway..
Betapa bertabahnya aku hadap kesesakan tersebut dalam menahan sakit kepala..



psstt: Nak duduk dalam gelap.. huhuhu..


9 comments:

Sham said...

Perghh dulu sy penah duk kelang taula federal hway ni camana...sabor ajela ye...hee

Nurzakiah Hanum said...

sabar ya

Nurzakiah Hanum said...

sabar ya

rija said...

ikut nyimak gan

Kakzakie said...

Ai ni selalu sakit kepala. Tak boleh makan luar yg banyak ajinomoto/garam tu kakak rasa. Elakkan. Pelan-pelan kurangkan.

Satu lagi cubalah blend daun inai, tepek seluruh kepala - bau tak sedap tapi dia ubat tau. Kena buat selalu mana tahu serasi. Jgn bimbang rambut kita hitam kalau guna daun inai dia tak merah pun pada rambut, lainlah org yg ada uban memang akan jadi perang.

Puan Kutu said...

dah la sakit kepala.setakat masak tu oK lagi.kena harung jam memang tak Boleh handle

ewanthology said...

federal highway memang sentiasa sesakkk

Kira Sakura said...

dekat sini walau jem seciput tu je pun dah bebai rasa nya

Mummydearie said...

Bulan puasa ni paling saya tak tahan kesesakan luarbiasa. Walaupun waktu habis pejabat sama saja, kesesakan dek bulan puasa bermula lagi awal yang menyebabkan saya boleh terlewat 30 minit daripada biasa. Mujurlah tahun ni jalanraya tak sesak sangat dari pejabat ke rumah saya. Syukur bab itu!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...