Followers Remaja Purba

Monday, June 29, 2015

#Cabaran20Hari Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 diteruskan..


Aku jarang sebenarnya masak ketika sahur..
Hanya dengan memanaskan lauk yang ada..
Menu yang sengaja aku masak lebih ketika berbuka..
Menu itulah yang sama dimakan ketika sahur..
Nak share resepi lagilah aku rasa eerr... ni bukan jiwa aku..
Almaklumlah.. chef hubby yang dominan bila di dapur..
Cumanya untuk tahun ni, kena masak sendiri... sobsobsob..


Ok.. ni dia resepi hidangan sahur paling ringkas yang aku buat pada sahur pertama..

Ikan bilis cili hijau suka hati..

Bahan:
Ikan bilis
Bawang besar (bawang Holland) 1 biji dihiris
Bawang putih 3 biji di cincang halus
Cili Hijau Besar/Cili Benggala dipotong ikut suka

Cara memasak:
Panaskan minyak..
Goreng ikan bilis agak-agak garing, kemudian asingkan..
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili besar yang telah dihiris hingga naik bau..
Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi..
Gaul rata kemudian angkat..
Sedap dihidang bersama telur dadar yang digoreng dengan planta..


Resepi Telur Masak Kicap suka hati..

Bahan:
Telur ayam 3 biji
Bawang besar Holland 1 biji dihiris
Kicap

Cara memasak:
Panaskan minyak..
Pecahkan telur sebiji demi sebiji di dalam kuali..
Agak bahagian bawahnya dah masak.. masukkan/taburkan bawang yang dah dihiris tadi..
Jangan gaul dulu..
Masukkan kicap manis/masin (ikut selera memasing)..
Tuang jangan terlampau banyak atau terlampau sedikit..
Biarkan beberapa saat, kemudian diangkat..
Telur tadi tidak perlu diterbalikkan sebab aku suka part yang kuning tu separuh masak.
Tapi kalau yang suka masak keseluruhannya, perlulah diterbalikkan sebelum masukkan bawang dan kicap tadi..
Angkat dan hidang..

Maaf.. gambar tiada kerana sepanjang Ramadhan kali ni aku cuba untuk tidak upload sebarang gambar berupa makanan..


Cabaran Hari Pertama di SINI..


psstt: Aku tetap sayangkan kau walau apa yang terjadi..


11 comments:

idzwa kamaruddin said...

alahaiii baca je pun dah telan air liur...kalo ade gambar mau jilat skirn kot..kekeke..

lieyalatif said...

menu sahur tu mmg pembangkit selera...kdg3 sahur2 ni tak lalu nak mkn gulai2 ke asam pedas...nak lauk simple2 mcm...lagi2 ikan bilis tu...mmg win lah!

lieya plak sahur simple....laki bini mkn sandwich atau serial...budak2 ni nasi ngan lauk ayam goreng ke telur ke...tak pun nasi goreng...haaa senang keje hahaahahaah

paridah said...

makanan utk sahur ni simple resepinya kan ai...

Kakzakie said...

Kakak pun biasa masak yg simple utk bersahur. Sayur air dan ikan/ayam/telur goreng biasanya..

Malinda said...

sama la dik akak pon masak ringkas2 je time sahur...lauk camni memang jadi pembuka selera waktu pagi2 tu...

norhidana miswan said...

waaaa rajin nyer akak join2 tuh... dana menu sahur pun ikut sempat n sesimple yg blh... lgpun yg mkn seorang dua je, kadang2 bile dana rasa mls nk mkn nasi mkn lah benda2 ngarut lain...

Cikk Mimin said...

Peberet mimin ni telur kicap..

Dunia Zumal said...

Teringat pulak telur masak kicap...

Falsya said...

itu je pun dh sedap kak..makan lak ngan nasik panas2..walawehhh...xpandang dh kari, asam pedas semua..hehe

Kira Sakura said...

sahur yang terpaling ringkas kira pernah makan.

nasi + ikan masin goreng gitu aje

siap!!! kahkahkah :p

Mummydearie said...

Sahur kami lagi simple, Aiza. Minum air suam aje dengan makan kurma. Kalau teringin nak makan, saki-baki lauk berbuka tu ratah-ratahlah mana dapat. Untuk si Abang setakat ada ayam goreng pun cukup itu pun dia tak habis makan kalau bersahur. Minum air Milo aje.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...