Followers Remaja Purba

Saturday, January 23, 2016

Tak ku menduga.. kau datang pula..



Pagi Sabtu yang tenang..
Jauh dari hiruk-pikuk kesesakan jalan raya..
Mulalah jemariku gedik nak update blog..
Sambil singgah ke teratak kengkawan..

Tapi..
Tak ku menduga.. kau datang pula..
'Ibu.. sakitlah mata kita.. Ibu tutuplah lampu..'
'Tutuplah sendiri..'
'Ibu dukunglah..'
'Ish.. tak nak.. Nuha demok..'
'Nuha kurus..'

Hilang sekejap ketenangan yang ku cari..
Ingatkan bolehlah aku rileks santai sekejap..
Bila dak debab ni dah bangun, usah berangan nak keluarkan idea mengarang entry.. terbang menjauh pergi idea yang ada..

Penyudahnya..
'Jom mandi Nuha.. lepas tu kita sarapan..'
Masa berkualiti bersama anak-anak didahulukan..
Sabtu..
Ahad..
Isnin..
Berehat bersama dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha..



StatusHati: Bila lagi dapat ketemu..


10 comments:

babYpose said...

Selamat bercuti bersama anak-anak. Betul kadang tu tiba-tiba ja mmereka ni muncul :)

paridah said...

BIASALA ANAK2 KALAU TENGOK MAMANYA RALIT DGN SESUATU ADA SAJA MAHUNYA...SERONOK JUGA MELAYAN KERENAH ANAK2 KECIL KITA NI KAN.

Pha Is said...

haha.. hidup seorang blogger ibu.. hehehe

anis abdullah said...

Haha..tengah upload gambar untuk entry blog boleh hilang tak sempat save sebab anak dah datang kacau. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Hahaha.... Kasi gempak saja... Ingatkan apa yang datang terjah...

Aziela said...

Berehat tu sangat berkualiti...

abuikhwan said...

Assalamualaikum,
anak-anak datang mengacau satu anugerah. sekurang-kurangnya kita tahu anak-anak ada di sisi kita...selamat berehat bersama keluarga

Mar Mansor said...

tulah kan...bila anak dah celik mata

Mummydearie said...

Samalah kita, Aiza. Kalau dah duduk di rumah tu, jangan haraplah bertemu 'ketenangan' nak menggarap entri. Berangan ajelah lebih, setakat mengarang dalam kepala ajelah idea yang muncul!

Kira Sakura said...

cuti memang masa untuk dorang jela. nak bukak hp pun kena curik2 je hihihihi

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...