Followers Remaja Purba

Friday, January 29, 2016

Resepi Ayam Masak Bali versi Mak Budak..


Kelmarin..
Dok jengah blog SuriaAmanda jumpa resepi Ayam Masak Bali ni..
Dikatakan jugak resepi ni dok viral dekat FB.. lepas tu ada blogger yang dah cuba..
Takkan tak nak cuba pulak kan..

Semalam..
Disebabkan keinginan nak mencuba tu tinggi, ditambah pulak birthday aku..
Maka..
Terhasillah Ayam Masak Bali..
Resepi senang bolehlah aku layan..
Cer suruh masak lain, memang aku hulur senduk sudip pada chef hubby ler.. 


Resepi Ayam Masak Bali versi Mak Budak..
Bahan-bahan:
  • Ayam
  • 6 batang serai
  • 6 batang daun kari
  • 3 biji bawang besar - ditumbuk/kisa
  • 5 biji bawang putih - ditumbuk/kisar
  • Halia 1/2 ibu jari - ditumbuk/kisar
  • Belacan 1/2 inci - ditumbuk/kisar
  • Cili kering ikut suka (nak pedas letak banyak, nak kurang letak sikit)
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula

Cara memasak:
  • Panaskan minyak.
  • Goreng serai yang telah dititik hingga kekuningan.
  • Masukkan daun kari dan goreng seketika.
  • Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk/dikisar tadi (bawang besar, bawang putih, halia, belacan dan cili kering).
  • Goreng hingga naik minyak dan agak garing.
  • Masukkan ayam yang telah goreng awal tadi dan digaul rata.
  • Masukkan garam dan gula serta kicap manis.. gaulkan.
  • Kemudian rasa, kalau ok boleh dah tutup api.. angkat dan hidang bersama nasi panas..




 Aku tak tumbuk tak kisar bahan-bahan tu tapi lebih suka racik..
Sebabnya dak Nuha suka nau makan bawang..


Ayam Masak Bali aku yang takde daun kari..


Alhamdulillah..
Walaupun penat balik kerja tapi puas hati bila anak-anak kenyang..
'Terima kasih ibu' itulah jawapan dari anak-anak tiap kali aku masak..
Sedap atau tak belakang kira.. yang penting aku masak dan anak-anak makan..
Itu lebih jimat dari beli atau makan dekat luar..



StatusHati: Terima kasih atas ucapan hari lahir semalam dari kengkawan semua..




19 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak pun dah cuba Aiza..
Memang sedap..
Boleh buat lagi kan sebab bahannya mudah sangat..

babYpose said...

Alhamdulillah, ibu masak sedap, anak berterima kasih dan bersyukur, puas hati kan.. Happy belated birthday :)

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

nuyui a.k.a miss YUI said...

trus rasa lpr tgk..huhuh

mama ka0ri said...

nampak mcm sedap jer..boleh terai nanti ni..:)

anis abdullah said...

Nak kena try gak ni. Thanks for the resipi ya.

Fazleyatul Aini said...

cadangnya nak try la resepi ni. famous btol kat fb org dok share

Kakzakie Purvit said...

Ala.. tapi sedap tak sedap pun kalau kita yg masak anak-anak tak pernahnya akan kata tak sedap kan SA. Sedap aje pastinya.

Apa lagi bila dah terhidang depan mata - licin punyalah:)

Suriaamanda said...

Jawapan dari anak2 tu yang buat bahagia kan...mcm qhaira dia akan cakap "acih mama'sambil buat2 muka....nice try beb...nanti next buat yang ada daun kari..lagi wangi bau eh...

norhidana miswan said...

cuti nih nk msk jgk lah ayam bali nih.... asik tgk kt blog org lain je...

bgs nya anak2 akak.. ucap terima kasih bila akak msk... rasa mcm seronok sgt kan bila ada ucapan gitu

idzwa kamaruddin said...

aduhhh nampak gaya mcm nak kene buat jugak nie!

amirah said...

happy best-day ai...moga Allah panjangkan umur dlm keberkatan...limpahkan rezeki yang tak putus2..

paridah said...

HAPPY BIRTHDAY AI..WAH SAMBUT BIRTHDAY DGN AYAM BALI YA SEDAP TU NMPK MUDAH RESEPINYA BOLEH DICUBA..

Malinda said...

akak pon selalu gak perasan kawan2 blog duk masak menu yg sama...dengo nama resepi je dah cam sedap...kene cuma buat jugak ni gamaknye

Yana Libra said...

rajinnyyeeee...nmpk sdp tuu

Azlinda Azman said...

memang sedap..last weekend dah buat.. esok lusa nak buat lagi hehe

kakyon said...

rajinnya..penat2 pun masak..

sayaiday said...

Iday dah cuba tapi kurang menjadi sebab lupa beli serai banyak2. beli 2 je. Lain kali nak buat lagi. Hehehe Sedap tu! :)

Kira Sakura said...

macam senangggg je haaa. nak try jugak la nanti2

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...