Followers Remaja Purba

Tuesday, January 19, 2016

Aku kemalangan..!


Kisah petang semalam..

Memang tak sangka dan tak menduga..
Kalau selama ni aku nampak kemalangan berlaku..
Kali ni aku pulak berhadapannya..
Ditambah effect berlaku dalam hujan..

Dipendekkan cerita..
Aku langgar kereta depanku..
Kejadian berlaku dalam hujan separa lebat..
Memang aku nampak kereta depan brek dan dalam aku brek kali kedua rupanya tergelincir jugak ke depan..
Aku cuba elak ke kiri tapi terkena juga belakang kereta depan aku..
Syukur Alhamdulillah kenderaan di belakang aku tak ikut rapat dan ditambah dengan tindakan pantas memasang lampu kecemasan..
Parking di tepi terus turun check keadaan dan masa tu lah lori tunda berhenti belakang kereta aku.. beliau minta kami settle kan di hentian selepas tol..
Alhamdulillah.. walau dah ada seseorang (penarik kereta) nak bantu.. 'takpe bang.. takpe.. terima kasih, kami settle sendiri..'

Berkali-kali aku minta maaf dari pemandu kereta itu..
Kesian jugak pada beliau sebab dia bagitahu lama dia dekat parking kereta tu kerana masih dalam keadan terkejut.. Aku pulak gagahkan diri memandu balik nak kejar rutin harian pulak..

Syukur Alhamdulillah juga kami takde apa-apa.. cuma perasaan terkejut, menggigil menguasai diri..

At the end..
Memandangkan masing-masing ada rutin yang perlu diselesaikan, kami saling bertukar nombor telefon dan nanti kami akan selesaikan di bengkel.
Moga urusan kami nanti dipermudahkanlah hendakNYA..


StatusHati: Kelu tak terkata..



26 comments:

saniah ibrahim said...

Alhamdulillah ,nasib baik takde apa2 dan mudah settle kan...tentunya pemandu itu juga sorang yg bertimbang rasa .



Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah x de apa

Rizziela said...

semoga segalanya dipermudahkan

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah..
Tiada yg serious ye Aiza..
Semoga dipermudahkan urusan..
Syukur.. sama-sama bertolak ansur menyelesaikan kes tersebut aiza..

Kakzakie Purvit said...

Kakak dpt bayangkan the moment bang!! aje kereta terus mengigil tak terkata kan. Kakak dah rasa dulu masa anak dara. Takut sampai menangis.

Apa pun bersyukur tak cedera itu aje kan.

paridah said...

malang xterduga kan..sdg kita ditimpa malang ada juga yg nk ambil kesempatan.

Ibu Lala said...

Allahuakbar. Terkejut dan takut kan klw eksiden ni. Syukur awak x cedera. Klw sy ni gigil dah. Pernah jugak eksiden dgn motor pagi pagi subuh. Kemek tayar motor tu. Kete saya pun kemek kat bhgn depan. Melayang ganti matgad baru rm3000. Repair moto tu rm200. Padahal motor tu yg salah. Lampu x dan nak hijau dah nak jalan.

amirah said...

alhamdulillah takde pape ai..hrp dpt selesaikan semua tanpa masalah ye..

Saniah Ahmad said...

Alhamdulillah takde apa yang berlaku,, kalau dah mengigil tu macam rasa troma pun ye juga,, apapun hati2 di jalan raya ye aizamia3 terutama ketika hujan,,

norhidana miswan said...

alhamdulillah takde apa2...n alhamdulillah masing2 tak ikut perasaan marah...
yg di langgar tu perempuan ke lelaki kak....

JR said...

Itulah namanya kemalangan, cuma sesaat terleka padahnya lama terasa. Alhamdulillah kerana yang melanggar dan dilanggar saling memahami, jika kurang memahami susah nanti...

Aziela said...

Allah....dugaan utk Ai. Mujur dipermudahkan. Semoga selamat semua...

Mummydearie said...

Alhamdulillah! Takda apa-apa yang berlaku kat awak. Kereta rosak teruk ke atau macamana?

Kereta tunda tu memang pantanglah kalau ada kemalangan. Cepat aje meluru. Pandai-pandai kitalah nak buat macamana. Kalau tidak, memang kena sesaja.

Saya ni jenis cepat panik tau. Kalau berlaku apa-apa, panik tu sampai dulu. Pening kepala! Mulalah merengek tak tentu hala :)

❤Kamsiah❤ said...

nasib baik takde sesuatu yg lbh teruk berlaku...l

Azlinda Azman said...

allahuakbar

Qhaifa Nur said...

Ya allah takutnya bila baca..nasib baik x apa2..

Suria Lekatlekit said...

senang nak settle kalau orang jenis boleh bawa berbincang. Alhamdulillah semua takde apa apa.. tu yang penting

Diana Rashid said...

Mujur la keadaan tak serius..tapi memang benda macam ni ambil masa juga untuk emosi kita kembali stabil..tak kira la kemalangan tu kecil atau pun tak..kan?

Nor Azimah said...

Malang tk berbau kan, moga selesai dgn baik yea

Kira Sakura said...

Alhamdulilah selamat jugak deduanya. hujan2 memang bahaya. kira paling takut bila hujan. sejak tukar tayar jadi ok sikit

anis abdullah said...

Bagusnya tenang je orang tu.

Hami Asraff said...

Semoga semuanya okey.

Malinda said...

terbang semangat di buatnye...alhamdulillah tiada sesiapa yg tercedera dik...takpe la benda dan jadi...moga2 dapat di selesaikan dengan aman dan baik2 je

EZAN IDMA said...

alhamdulillah takda apa. take care sis

Yana Libra said...

nasib baik xde yg cedera..

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Apa yang penting tiada siapa yang cedera... Kadang-kadang ke malanga yang berlaku dirancang oleh tow track tu... Teman pun pernah kena sekali kemalangan macam nie... Nasib baik tak melibatkan orang lain...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...