Followers Remaja Purba

Friday, November 27, 2015

PJ Fair 2015 pada 28 - 29 November 2015


PJ Fair 2015 adalah acara kemuncak bagi tahun 2015 yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Pelbagai acara akan dianjurkan bagi seluruh lapisan masyarakat untuk menggalakkan budaya gaya hidup yang sihat untuk memupuk semangat kemasyarakatan diantara semua warga Petaling Jaya. 

Sebelum ini, MBPJ pernah menganjurkan:
Festival Antarabangsa Petaling Jaya pada 21 - 2 Disember 2013 di SINI..
PJ International Fair 2014 - Folklore Festival di SINI dan di SINI..


Untuk kali ini.. PJ Fair 2015 pasti lagi debom lagi menarik..
Dengan pelbagai acara menarik yang boleh disertai.. antaranya:

KELUARGA: Bike Hunt, Fun Ride, Treasure Hunt, Zumba..

KANAK-KANAK: Mewarna, Clown, Maskot, Obstacle Games.

SUKAN RAKYAT: Futsal, Bola Jaring, Bola Keranjang.

PERMAINAN TRADISIONAL: Sepak Raga Tuju, Sepak Raga Bulatan, Memanah, Yoyo Cina, Silambam, Silat.

JUALAN: Produk Sukan, Barangan Elektrik (Sharp), Aksesori Basikal, Produk Basikal,, Produk Kesihatan, Flea Rakyat, Food Truck, Reflexology.

SUKAN EXTREME: Wall Climbing, BMX Stunt Park, BMX Flatland, Calisthenic, Paintball.

PERSEMBAHAN DAN KESENIAN: Konsert Wings, Perarakan, Grafiti, Formasi Kompang, Band Festival, Busking, Pertunjukan Bunga Api.

PAMERAN: Pameran Pembangunan Sukan MBPJ, Pameran Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Derma Darah, Basikal Klasik, Pameran Basikal OSBMX, Sewaan Basikal, Pameran CRC.

Semua maklumat dan borang penyertaan berkaitan di atas bolehlah didapati dari SINI..



Ketika entry ni di publish..
Persiapan sebelum berlangsungnya PJ Fair 2015 sedang giat dijalankan di sekitar Pusat Bandar, Seksyen 52, Petaling Jaya..

 Pandangan dari Bangunan PKNS-PJ..


Pandangan dari depan Maybank Yong Shook Lin (YSL)..



 Kawasan utama di mana perasmian akan dibuat di sini..

 
Mai arr.. mai arr.. Wings memangil-manggil..


 Ini pulak kawasan di bangunan nak menuju ke Menara MBPJ..
Belakang TM Point landmark nya..
Ada 4 penjuru semuanya..
Pemandangan di atas.. ada payung, kain batik, topi dan tanglung..
dekat bawahnya jalan di warnakan dengan warna, kuning, merah, biru..


Jadi,, kepada yang berkelapangan jom sama-sama memeriahkan suasana..
Aku yang lalu tengahari tadi pun rasa teruja..
Terasa nak selfie kat tengah jalan tu.. tapi tetiba lak jadi pemalu.. kehkehkeh..
Macam-macam ada.. pasti esok dan lusa meriah tak hagak..



StatusHati: Terus teringat dan zoom kenangan saat pertemuan semula itu..



9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantik deco payung2

Rizziela said...

Alamak..suami keje plak..kalau x boleh pergi bawa anak

tiga lalat said...

menarik nih mak aizamia ., ;p

Yana Libra said...

mcm meriah jee

Amanda Suria said...

Teringat ari tu pose bawah payung kat gili trawangan Lombok..hehehehehe...

Suria Lekatlekit said...

jalan yang ada payung tu ramai suka selfie

LadyBird said...

Mesti seronok dpt lalu kot bwh payung2 tu kan? Kat trg ni ade d kg cina..

insan marhaen said...

fair begini bagus untuk memudahkan masyarakat melihat sesuatu yang baru dan tambah pengetahuan...

Kira Sakura said...

ohhhh banyak jugak aktiviti nya kan. tapi musim hujan macam herm herm je nak keluar berjalan beriadah ni haaa

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...