Followers Remaja Purba

Wednesday, November 4, 2015

Mana nak dapat semua tu..


Mana nak dapat..
Panjat pokok seperti di SINI..

Mana nak dapat..
Mandi di perigi sebelum subuh.. sejuk menggeletar..

Mana nak dapat..
Tidur malam diterangi lampu minyak tanah dan lampu gasolin..
Ketika orang lain dah ada kemudahan air dalam besi, api dalam kaca..

Mana nak dapat..
Kena kejar dengan bapak angsa.. mencicit tak cukup tanah aku lari..

Mana nak dapat..
Bapak saudara yang suka ajak masuk hutan bila cuti sekolah..

Mana nak dapat..
Mandi sungai sambil cari siput sedut..

Mana nak dapat..
Cari rebung penuh seguni ditepian sungai..

Mana nak dapat..
Sakit perut tengah malam, arwah Wan temankan pergi jamban luar rumah..

Mana nak dapat..
Main dengan susu getah ketika arwah wan dan atok menoreh..
Bagi aku ni lejen..
Arwah Wan penat motong getah, aku senyap-senyap letak air dalam mangkuk susu getah tu..
 
Mana nak dapat semua tu..
Tapi itulah yang aku pernah lalui..
Kenangan membesar di kampung menjadikan aku lasak tak hagak..
Masa tu lah..


Sekarang..
Cuba kau suruh aku panjat pokok buah-buahan tu..
Aku rasa..
Viral kot.. abam Bomba datang tolong selamatkan aku.. kahkahkah..


StatusHati: Tersenyum sendirian teringatkan kenakalan zaman itu..


13 comments:

Falsya said...

zaman sekarang xmacam dulu kak..xyah contoh lain..dpn mata anak2 buah sendri..xpegang/xde henpon kat tangan, mati kutu xtau nak wat ape..as in betul2 mati kutu duk bersila muke toya..smp somi falsya kene bagi cadangan..last2 die pilih utk tido..haihhhh..harap2 la anak2 falsya xmcm tuh..takut jugak..huwaaaaaaaaa..

❤Kamsiah❤ said...

kenangan manis yg tak dilupakan,kan..
akak jugak pernah melalui semua tu..

JR said...

Sekarang bila balik kampung tempat sejarah main pondok2, hutan kecil tempat main tembak2, pokok2 yg dulu selalu jadi tempat bergayut dah tak wujud lagi. Atas nama pembangunan semuanya sudah lenyap, nostalgia lama cuma tinggal sejarah manis sebelum mata terleleap..

Diana Rashid said...

hahah..sekarang kalau masuk kebun gertah mesti badan bengkak2 kena gigir nyamuk.dulu masa kecik tak de pulak..kan??heheh

iryanty ahamad said...

zaman kanak2 dulu dengan sekarang memang banyak bezakan...agaknya kalau suru anak2 panjat pokok yang rendang pun diaorang tak berani kan..

hainom OKje said...

Betul tu Aiza.....sekarang mmg tak dapat dah.
Masa kecik dulu takut betul kalau lalu sebelah angsa...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Haha.. betul tu. memanag serok membesar dengan menjadi budak kampung. Kat banda dah jarang nak dapat semua ni.

Jobdirumah Buat Duit said...

Kenangan masa kecik tinggal dikampung, Berkemah dalam hutan belakang rumah..

OhPanduan said...

Banyak benda yang anak-anak kita tak dapat lalui seperti mana kita rasai masa kecik-kecik dahulu jadi budak kampung.

Nafisa81 said...

Huhu....indahnya kan...
Mana nak dapat..tangkap burung pakai jebak buat sendiri...

nurbijen said...

Rindu kan zaman kecil2...
Dah la dapat merayau satu kampung tanpa rasa takut...
sekarang ni duk dlm rumah sendiri pun rasa tak selamat... huhuhu

Rizziela said...

rindunya zaman dulu2

lieyalatif said...

betul2.... dulu lieya pun merase panjat pokok manggis...makan manggis atas pokok campak kulit kat bawah haahahahah...

anak2 skrang? ermm depa lebih terra gajet jek heheeheheh...same laa mcm anak2 lieya pun.....lagipun situasi skrang tak sesuai nak lepas bebas anak2 main kat luar rumah...bahaya...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...