Followers Remaja Purba

Wednesday, November 4, 2015

Amanah dari penerimaan Buku Teks sekolah


Aku sedih.. kecewa.. marah.. ralat rasanya..
Bukan orang lain pun..
Anak bangsa kita juga yang akan guna buku-buku teks ni semua..
Susah sangat ke nak tukar pembalut.. salotape/tampal buku yang rosak tu..
Pleaselah.. jangan bagi alasan sibuk dengan rutin harian..!
Ye.. betul!Normallah budak-budak mana reti nak jaga buku tu semua..
Ye.. tahu!Buku tu semua FREE..!!


TAPI..
JANGANLAH PULANGKAN BUKU-BUKU TEKS TU DALAM KEADAAN YANG DAIF.
Kau kena bertanggungjawab, walau pengguna sebelumnya yang punya angkara!!
Sekurang-kurangnya kau berjaya selamatkan buku-buku teks tu dari terus rosak..


 
 'Ibu.. tengok buku yang adik dapat ni, dah terkoyak ibu..'
Balik sekolah, tak sempat masuk dalam rumah dak Adik dah mengadu padaku..


 Pembalut yang tidak bertukar, malah ada yang distapler..

 Tak berbalut, koyak pulak tu..


Mungkin jugak cikgu dekat sekolah tu check sepintas lalu kot..
Tapi sebagai pengguna akhir buku-buku tersebut kenalah bertanggungjawab.
Ni jenis pentingkan diri sendiri + malas..
Segelintir ibubapa yang macam tak hargai kemudahan yang diberikan..
Kang kena tarik balik kemudahan tu tau pulak nak sentap bagai..

Walau hati aku ni marah dan kecewa tapi tak mengapalah..
Macam biasa.. aku akan balut sebaik mungkin..
Begitu juga bila sesi pemulangan buku teks, kalau rosak aku tukar pembalut buku yang baru..
Rezeki buat mereka yang akan guna untuk tahun depan..
Tak perlu dah nak marah-marah.. nak maki-maki..
TERIMA KASIH BUAT PENGGUNA BUKU TERDAHULU BUKU-BUKU TEKS INI!
Kerana kau aku letih nak balut semula..
Tahun ketiga berturut-turut sesi membalut semula aku-buku teks sekolah anak..



StatusHati: Amanah pihak sekolah buat anak-anak terhadap buku teks yang diberi..

11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

skuterlady said...

tengah tunggu juga giliran anak dapt buku teks tahun depan...

tahun2 sebelum ni pon camtu la... kena repair elok2 buku2 yg anak dapat tu... de yang dah lunyai2....

untung la kalau dapat yang masih cantik, masih elok.

Rizziela said...

Kesian orang yg dapat kemudian..buku dah hancur2

Yana Libra said...

baguslah menjaga buku2 tu..nak harap kat orang pun tak leh kan..
rasa tanggungjawab tu penting

paridah said...

KULIT YG MEMBALUT ILMU PUN WAJIB DIJAGA ELOK2 KANG AI...

nayfatimah rasyid said...

betull tue , anak saya pon dapat buku yang dah lunyai dan ade yang page dah tak der ...

saniah ibrahim said...

Kakak kalau anak nak pulang buku pastikan semua ok dulu tapi anak kakak selalu je terkena buku yg terlalu daif .

Diana Rashid said...

Mujur anak saya dapat buku teks semua elok2..ada yang pembalut pun tak payah tukar.semalam dok selak2 juga takut dalam ada yang hilang ke apa..tapi tengok semua lengkap..conteng2 pun tak de..

Diana Din said...

sesi membalut buku sudah bermula..

norhidana miswan said...

mmg ada je mak pak yg jns tak amik tau psl buku teks nih....

dulu2 zmn sekolah2 mmg kene sampul lah semua bila ada adik... adik2nya kite sampulkn.... kalu tak sampul rasa tka kemas lak

hainom OKje said...

Sedihnya .....
Gitulah kalsu tak de rasa tanggungjawab Aiza. Okje bab buku teks ni mmg dah tak sentuh, sejak anak anak dah besar ni. Depa urus sendiri

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...